Mohd.Firdaus bersama adik-beradiknya menunjukkan surat tawaran. (Firdaus dua dari sebelah kanan) |
Kota
Kinabalu: Mohd.Firdaus Din Musddin, 19, berterima kasih kepada individu yang
menjadikan kisahnya viral di laman sosial sehingga menerima sumbangan untuk
melanjutkan pengajian di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai,
Negeri Sembilan.
Mohd
Firdaus dari Kampung Himbaan, Bundu Tuhan adalah pelajar lepasan Sekolah Menengah
Agama Al-Irsyadiah Marakau, Ranau akan menggunakan bantuan kewangan tersebut
untuk pendaftaran pengajiannya dalam Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam
di USIM.
Menurut
Mohd Firdaus, dia nekad untuk mendaftar di USIM walaupun kekurangan kewangan
kerana permohonannya kali ini telah Berjaya selepas 3 permohonan sebelum ini
tidak Berjaya.
Dia
berkata, apabila mendapat tahu diterima untuk melanjutkan pengajian di USIM,
dia terus ke Pusat Zakat Sabah (PZS) dan menerima bantuan pembiayaan tiket
kapal terbang.
“Saya
bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya selepas tiga kali gagal
mendapat tawaran melanjutkan pengajian. Walaupun begitu, saya anggap semua yang
terjadi sebagai hikmah untuk saya.
“Saya
tidak minta banyak, cukuplah Allah meredai perjalanan saya sepanjang menuntut
di USIM dan Allah beri keberkatan dan rezeki kepada individu yang berkongsi
kenyataan berkaitan saya sehingga menerima sumbangan mencukupi untuk ke UISM.
“Sumbangan
diterima ini dapat menampung perbelanjaan saya termasuk membayar yuran
pengajian pada awal semester sementara menantikan kemudahan pembiayaan lain,”
katanya yang ditemui di KKIA.
Datuk Masisi Manjun kongsikan di laman Twitternya. |
Ia turut mendapat perhatian Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun yang turut berkongsi status mengenai kisah pelajar itu laman Twitternya.
Mohd
Firdaus berkata, untuk ke KKIA, dia dihantar bekas guru sekolahnya di Sekolah
Menengah Agama Al-Irsyadiah Marakau Ranau. Bagaimanapun, dia sedikit sedih
kerana ibu, Sayamah@Jaimah Kuntagil,
50, tidak dapat menghantarnya ke KKIA.
“Sehingga
kini, saya tidak tahu siapa yang mula-mula memuat naik kisah dan butiran
peribadi saya di Internet. Saya berdoa supaya individu yang membantu saya
mendapat rezeki berlipat kali ganda,” katanya.
Bercerita
lanjut, remaja ini berazam untuk mengubah nasib keluarga memandangkan berasal
daripada keluarga susah. Bapanya sudah meninggal dunia sejak dia berusia dua
tahun.
“Sejak
itu, ibu yang mengambil alih tugas membesarkan kami tujuh beradik. Ibu pernah
bercucuk tanam untuk menyara keluarga sebelum bekerja sebagai ustazah di
Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Falah, Kampung Himbaan, Ranau.
“Selepas
sekolah, saya pernah berkhidmat sebagai guru ganti di SAR Nur Muhammad
Lingkudau Ranau selama empat bulan.
“Pendapatan
itu sedikit sebanyak dapat membantu keluarga,” katanya.
Difahamkan,
apabila tiba di Kuala Lumpur, beberapa individu sudah menyatakan kesediaan
untuk membantu urusan pendaftaran Mohd Firdaus di USIM hari ini.
No comments:
Post a Comment