Labels

Wednesday 27 September 2017

Imej-imej Menarik dari Teleskop Angkasa lepas Hubble.


1. Gambar dari Teleskop Angkasa Hubble ini memamparkan gumpalan gas yang dipanaskan kepada 20,000 darjah celsius dan bergerak laju meninggalkan bintangnya yang hampir mati iaitu NGC 6302 atau Butterfly Nebula. (Foto NASA/ESA/Hubble menerusi AP)





2. Gambar dari Teleskop Angkasa Hubble menunjukkan kelompok bintang Pismis 24 dalam teras besar pelepasan Nebula NGC 6357. (Foto NASA/ESA,Jesus Maiz Apellaniz menerusi AP)





3. Pillars of Creation di Eagle Nebula ini berlaku apabila debu dan gas terdedah kepada radiasi daripada bintang sebelum terhakis dari angin kuat. (Foto NASA, ESA/Hubble menerusi AP)





4. Gambar yang ditangkap Teleskop Angkasa Hubble ini memaparkan taburan bintang bagi Constellation Carina yang berada pada jarakl 20,000 tahun cahaya dari bumi. (Foto NASA/ESA/Hubble melalui AP)





5. Gambar Infra merah dari NASA/ESA Teleskop Angkasa Hubble ini menunjukkan sebahagian daripada NGC 2174 yang digelar Monkey Head Nebula. (Foto NASA/ESA/Hubble menerusi AP)





6. Gambar M106 ini hasil gabungan informasi Teleskop Hubble dan data pemerhatian ahli-ahli astronomi amatur, Robert Gendler dan Jay GaBany. (Foto NASA/ESA/Hubble, R. Gendler menerusi AP)





7. Gambar bertarikh Februari 2010 ini menampilkan 3 tiang gas-tahun cahaya di Carina Nebula yang dimamah cahaya dari bintang-bintang terang berdekatan. (Foto NASA/ESA, M. Livio melalui AP)





8. Imej yang disediakan oleh NASA/JSC ini menampilkan angkasawan Steven L. Smith dan John M. Grunsfeld semasa aktiviti extravehicular (EVA) pada Disember 1999. (Foto NASA/JSC melalui AP)

Tuesday 26 September 2017

Di Sebalik Remaja Derhaka Memukul Ibunya.

Remaja lelaki memukul ibunya sendiri.

AMPANG JAYA: Soerang remaja lelaki tergamak untuk memukul ibunya sendiri hanya kerana mahukan wang belanja sekolah.

Remaja lelaki yang berusia 15 tahun itu mendapat kecaman hebat daripada orang ramai selepas rakaman video memukul ibunya itu menjadi viral di media sosial.

Menerusi rakaman video tempoh 43 saat itu, menunjukkan remaja lelaki itu memukul ibunya berulang kali dan dilihat belum sempat memakai seluar sambil menghambur kata-kata kesat kepada ibunya. Remaja lelaki itu mahukan semua wang yang ada dalam beg milik ibunya.

Remaja tersebut mengugut mahu memukul lagi walaupun diberitahu wanita itu tidak mempunya wang. Wang yang ada hanya untuk digunaka pergi kerja.

Bapa remaja lelaki tersebut yang berusia 39 tahun, bekerja sebagai penjaga kuda yang menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan menerima laporan berkata, "Kejadian kira-kira jam 7.20 pagi semalam. Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru sekolah anaknya dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak lelakinya.

"Tidak lama selepas itu, pengadu menerima banyak panggilan daripada saudara mara yang bertanyakan mengenai video terbabit berikutan ia sudah viral di Facebook, dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan nama 'Jejaka Sereng'.

"Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri, keluarga serta anak lelakinya. Pengadu dan isteri juga enggan tindakan diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, wanita terbabit tidak cedera dalam kejadian itu.
Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua beranak itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu mendapati negatif dadah.

Dalam pada itu, carian BH mendapati, individu yang didakwa menyebarkan video mengemukakan memohon maaf terhadap keluarga remaja terbabit.

Dia menerusi satu entri di akaun Facebook, 'Jejaka Sereng' turut mengakui kesilapannya dan memberitahu tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.

Monday 25 September 2017

6 Negara yang Membantu Korea Utara Jika Berlaku Peperangan dengan Amerika Syarikat

Kim Jong-Un

KOREA UTARA: Pada masa kini, Korea Utara memperlihatkan bahawa negara ini berkemampuan melancarkan peluru berpandu balistik antara benua lebih jauh daripada yang direalisasikan.

Hal ini telah mewujudkan keupayaan peralihan paradigma terhadap Kim Jong-Un, seterusnya telah menarik perhatian Presiden Amerika Syarikat itu.

Amerika Syarikat memberi amaran kepada Korea Utara bahawa jika ujian peluru berpandu tidak dihentikan, maka tindakan tegas akan diambil. Walaubagaimana pun, Korea Utara juga memberi amaran bahawa mereka bersedia untuk memulakan perang berskala penuh dengan President Trump jika tindakan terhadap mereka diambil.

Dengan kemampuan Korea Utara untuk menghancurkan tanah Amerika Syarikat, hal ini memberi ancaman besar kepada negara di bawah President Trump itu. Sekiranya berlaku peperangan antara 2 buah negara ini, negara yang manakah akan membantu Korea Utara menyerang AS?

Enam negara berikut pastinya akan berada di pihak Kim Jong-Un untuk menentang President Trump dan sekutunya.

  • 1.  China – Salah satu sekutu terdekat Korea Utara. Walaupun mengutuk ujian peluru berpandu terbaru Kim Jong-Un, China bekerjasama dengan Russia untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dengan Korea Utara. Oleh itu, jika berlaku peperangan, kemungkinan besar China akan berpihak dengan Korea Utara menentang Amerika Syarikat. HUbungan tradisi ini membolehkan Korea Utara mempunyai sekutu terkuat jika berperang dengan AS.

  • 2. Russia – Walaupun hubungan Rusia dengan Amerika Syarikat sangat padu, namun hubungan kedua-dua negara ini jauh sejak akhir perang dingin. Dalam konflik antara Kim Jong-Un dan Presiden Trump, Moscow hanya mendiam sahaja tentang isu semasa itu. Korea Utara dan Rusia berkongsi sempadan kecil yang mengukuhkan hubungan persahabatan, politik dan ekonomi mereka. Moscow juga bersetuju menghapuskan kira-kira $10 billion hutang dalam era Kim Jong-Un dan Korea Utara.

North Korea Parade
  • 3. Benin – Hubungan antara Korea Utara dan Benin adalah lebih kuat. Benin pernah menjadi negara komunis yang mempunyai hubingan mendalam dengan Korea Utara. Media Korea Utara masih mempromosikan deklarasi Presiden Benin itu, Thomas Boni, seterusnya memperlihatkan hubungan antara Benin dan Korea Utara adalah tradisi dan persahabatan.

  • 4. Bulgaria – Hubungan antara Bulgaria dan Korea Utara telah bermula pada tahun 1948. Ketika pemerintahan komunis, perjanjian kerjasama dua hala telah ditandatangani. Bulgaria adalah satu-satunya sekutu Korea Utara di seluruh Eropah. Walaupun Bulgaria menarik balik kaitangan di kedutaan Korea Utara, mereka telah berkongsi hubungan berpuluh-puluh tahun dan pastinya mahu kekal seperti itu jika berlaku peperangan dengan AS.

  • 5. Madagascar – Walaupun perikatan antara Korea Utara dengan Madagascar tidak seperti yang kelihatan pada masa kini, mengimbas kembali beberapa dekad lalu memperlihatkan bagaimana Korea Utara membantu membangunkan negara ini. Pada awal 1970-an, Korea Utara mula membantu membina Istana Lavoloha untuk presiden mereka. Korea Utara turut membantu membina saluran air Madagascar. Semua ini diberikan percuma dan seterusnya mengukuhkan ikatan kedua-dua negara ini.

  • 6. Republik Demokratik Congo – Walaupun negara ini terkenal dengan keadaan tidak stabil, Korea Utara hanya memperkuatkan hubungan dengan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia ditemui dalam laporan sulit yang dibekalkan kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa Korea Utara telah membekalkan pelbagai senjata dan latihan tempur kepada pasukan polis dan tentera Congo. Dalam erti kata lain, ia melanggar sekatan senjata PBB. Pastinya Republik Demokratik Congo ini akan campur tangan dengan tentera  Korea Utara jika berlaku peperangan dengan Amerika Syarikat.
Enam negara ini pastinya berada di bahagian senarai atas dalam berpihak kepada Korea Utara jika peperangan dengan Amerika Syarikat tercetus.

Enam negara ini juga pastinya turut mendapat keuntungan lebih jika berpihak kepada Korea Utara berbanding Amerika Syarikat.

“Kenapa Tak Boleh Minum? Orang Jepun Mabuk pun Maju” - Siti Kasim



“Kenapa tak boleh minum? Orang Jepun mabuk pun maju”, kata Siti Kassim, seorang wanita yang sering mencetuskan kemarahan orang ramai dengan membuat kenyataan ‘kurang cerdik' tentang ajaran Islam.

Wanita ini sering membuat kontroversi dengan menyuarakan isu-isu hak LGBT, dan beberapa tahun lalu dia pernah mempertikaikan kewujudan Tuhan.

Isu terkini yang dibangkitkan adalah mengenai hukum meminum arak yang dicetuskan melalui akaun facebooknya, sekali lagi menerima kecaman daripada orang ramai selepas memuat naik kenyataannya itu.

Sewaktu lawatan Siti di Shibuya, Tokyo yang terdapat ratusan tong arak, dia beranggapan bahawa rakyat disana lebih produktif biarpun alcohol tidak diharamkan.

“Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa paling produktif di dunia. “Ini semua hanyalah kawalan diri dan bukannya mengenai moral seseorang kepada individu lain. “Ajarlah orang ramai mengenai hormat dan pemahaman sejagat mengenai hak dan salah, maka anda akan mempunyai negara produktif,” katanya.

Wanita itu kini menerima kecaman hebat daripada orang ramai dan banyak yang menganggap wanita itu sudah hilang pedoman sehingga ada netizen yang melabelkannya ‘wanita neraka’. Kenyataan itu seakan memerli pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017”.

Dalam kenyataan wanita itu, ada pengguna facebook yang membantah dengan pendirian wanita itu, namun ada juga segelintir yang menyokong tindakan wanita ‘bijak’ itu. Hal yang menyedihkan, rata-rata yang menyokong wanita itu adalah beragama Islam.

Sunday 24 September 2017

Gunung Berapi ini Akan Meletus Pada Bila-bila Masa.

Keadaan gunung berapi yang akan meletus pada bila-bila masa.

Klungkung: Sebuah gunung berapi di pulau pelancongan Bali, Indonesia didapati semakin aktif dan mungkin akan meletus pada bila-bila. Seramai 35,000 orang telah dipindahkan dari kawasan gunung itu.

Larangan zon lingkungan 12 kilometer telah dilaksanakan dari sekitar kawah Gunung Agung itu. Gegaran juga dirasai di sekitar pergunungan itu akibat aktiviti gunung yang semakin mneingkat.

"Analisis terbaru menunjukkan tenaga seismik Gunung Agung meningkat dan berpotensi untuk meletus.

"Bagaimanapun, tiada seorang pun dapat meramalkan bila sebenarnya letusan berlaku," kata Pusat Gunung Berapi Nasional dalam satu kenyataan.

Penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Bali dan juga kawasan peloancongan lain beroperasi seperti biasa.

Ribuan penduduk yang dipindahkan itu ditempatkan di pusat perlindungan sementara seperti dewan bandaraya, gymnasium sekolah dan perkhemahan jauh dari sekitar gunung berapi itu. Jumlah penduduk itu dijangkakan akan bertambah.

"Cabaran terbesar ialah, kami tidak dapat meramalkan jumlah penduduk yang bakal berpindah. Jika jumlahnya melebihi keupayaan maksimum, kami meminta setiap dewan awam di daerah berkenaan disediakan untuk menjadi kem pemindahan," kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Tempatan, Putu Widiada di daerah ini.

Pusat itu akan dibekalkan makanan, air, selimut dan khemah. Agensi Pengurusan Bencana Nasional juga sudah menghantar makanan dan logistic ke kawasan itu sambil menggesa sumbangan orang awam.


Lelaki Datang Dari Masa Depan, Datang Untuk Menyelesaikan Misi.



Pada tahun 2014, Indonesia pernah digemparkan dengan kemunculan seorang budak lelaki yang mengaku berasal dari tahun 2035 melalui status akaun facebooknya.

Dikatakan kembalinya ke tahun 2014 adalah dengan membawa satu misi yang penting untuk menyelamatkan Indonesia.

Di bawah ini adalah gambar 'screenshot' yang diambil daripada facebook lelaki dari masa depan tersebut.

Perkenalan dirinya dan menyatakan misi dan tujuannya datang ke masa lampau.


Dia menyatakan bahawa kejadian pada 2014 semuanya sudah terkandung dalam buku sejarah mereka.


Dia menggunakan mesin waktu ciptaan ke 3 paling canggih. Katanya, tidak ada barang dari masa depan boleh dibawa ke masa lampau, dia datang dengan telanjang dan mencuri pakaian orang lain.
Ini adalah seperti wayang "Terminator" dan adakah dia ini Terminator?


Mesin itu menggunakan kecepatan lebih laju dari cahaya supaya tidak membakar tubuh. Dia hanya ingin menjelaskan sedikit sahaja kerana bererti dia akan melanggar takdir katanya.


Dia menyatakan apa yang bakal akan berlaku pada bahagian-bahagian kawasan di Indonesia.





Inilah akibatnya jika terlalu banyak menonton wayang. Kanak-kanak akan terbawa-bawa dengan aksi yang mereka lihat dalam panggung wayang ke dunia luar.

Ibu bapa haruslah sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka, dan sentiasa meluangkan masa bersama mereka.

Mungkin ini terjadi kerana dia inginkan perhatian lebih daripada keluarga mereka.

Saturday 23 September 2017

Pengantin yang 'Mendera' Murid Sekolah

Murid yang sedang memegang kain pengantin.

COLOMBO: Dalam satu majlis perkahwinan, sepasang pengantin telah mengerahkan ratusan murid sekolah untuk membawa kain sari sepanjang 3.2 kilometer kini disiasat pihak berkuasa.

Seramai 250 murid sekolah telah dikerahkan untuk memegang kain sari pengantin perempuan ketika berjalan di satu laluan utama di Kandy.

Murid yang menjadi gadis pembawa pula pula adalah seramai 100 orang.

Semua murid yang menjadi tetamu khas itu datang dari sekolah Wilayah Sarath Ekanayaka.

Pihak Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan kini sedang menyiasat perkara tersebut.

Pengerusinya, Marini de Livera berkata: “Kami memandang serius perkara ini dan tidak mahu ia menjadi ikutan.


Pengantin yang berada di lokai.

“Perbuatan mereka menggugat hak kanak-kanak. Menghalang kanak-kanak daripada pembelajaran, meletakkan diri mereka dalam bahaya dan menggugat maruah mereka, semua itu perbuatan jenayah.

“Tindakan mengerahkan pelajar untuk majlis seumpama itu ketika waktu sekolah menyalahi undang-undang dan pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun.”

Guru-guru juga mengecam perbuatan pengantin yg ingin mencipta rekod dunia baru Guinness itu.

Pengantin itu datang ke lokasi dengan menaiki trak dan kemudiannya dibantu kanak-kanak yang memastikan kainnya tidak mencecah lantai.

Friday 22 September 2017

Cubaan Melarikan Diri ke Rumah Jiran Sebelah, Namun Dibelasah Pula.

Cubaan melarikan diri yang gagal.

Kuala Lumpur: Dua lelaki warga asing cuba memanjat balkoni sebelum masuk ke rumah jiran bersebelahan demi menyelamatkan diri di tingkat 26 sebuah kondominium di Dang Wangi, di sini, ketika pihak berkuasa melakukan Ops Bersepadu, pada malam 22 September.

Serbuan jam 11 malam itu dijalankan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Rumah di tingkat 26 itu dipercayai didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh, ketika serbuan, dua daripada mereka memanjat balkoni dan masuk rumah jiran menyebabkan penghuni rumah terkejut lalu membelasah mereka kerana disangka pencuri.

Jiran yang juga warga Bangladesh kemudian memaklumkan kepada polis bahawa dua lelaki memasuki rumah mereka namun salah seorang berpatah balik ke rumah mereka manakala seorang lagi sempat dicekup.

Pihak polis kemudian memeriksa sekali lagi rumah terbabit sebelum menemui seorang lelaki sedang menyorok di bawah tilam buruk di balkoni dan kedua-dua warga asing terbabit didapati tiada dokumen sah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, operasi berkenaan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan daripada penduduk mengenai kebanjiran warga asing.

“Dalam operasi ini, seramai 135 warga asing diperiksa menerusi pemeriksaan dari rumah ke rumah dan 15 daripada mereka ditahan kerana didapati melanggar peraturan imigresen,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga Pakistan dan seorang wanita warga Indonesia.

“Mereka diserahkan kepada pihak JIM untuk tindakan mengikut Seksyen 6(1)(c), 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Dua Pesta Ini Malaysia Telah Haramkan.

Tengku Adnan kesal dengan beberapa isu yang berlaku.


KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Abdul Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017” pada bulan depan adalah bukan disebabkan faktor politik dan agama.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak meluluskan pesta arak itu disebabkan faktor keselamatan dan juga bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang DBKL.

Beliau menambah bahawa ia menyalahi undang-undang untuk mengambil arak dan menjual di tempat terbuka. Mereka boleh mengadakan pesta itu di rumah, bar atau hotel tetapi bukan di tempat terbuka.


Better Beer Festival 2017


Beliau memberi alasan bahawa ia menyalahi undang-undang untuk mengambil dan menjual arak di kawasan terbuka dan daripada segi keselamatan, polis telah memberikan maklum balas bahawa ia agak berbahaya untuk mengadakan pesta itu di kawasan terbuka".

Pesta arak Better Beer Festival sepatutnya diadakan dari 6 hinbgga 7 Okt di pusat membeli-belah Publika, Kuala Lumpur, dengan menampilkan 250 jenama arak yang berbeza daripada 43 kilang arak dari seluruh dunia.




"White Party"


Selain itu, pada waktu yang lainnya, terdapat lagi satu pesta yang diadakan.

Namun pesta ini juga diharamkan. Sebarang pesta gay yang dilaporkan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini adalah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjur pesta itu belum membuat permohonan permit, namun beliau mengarahkan pihak polis untuk tidak meluluskannya.

“Jika diteruskan juga maka acara itu dianggap sebagai perhimpunan haram,” katanya.

Acara gay yang diadakan ini adalah untuk mempromosikan perhimpunan gay terbesar di Asia iaitu “White Party Bangkok”.

Jabatan Imigresen tidak akan mengeluarkan visa kepada rakyat asing yang ingin menyertai acara itu.

Selain itu, beberapa individu juga telah dikenalpasti yang diletakkan dalam kategori yang tidak dibenarkan masuk di pintu negara.

Ahmad Zahid juga berkata, apa yang mereka lakukan adalah di luar perlakuan manusia. Beliau juga mengarahkan pihak Imigresen memantau supaya White Party tidak dilakukan di negara ini.

Thursday 21 September 2017

Yuna Pernah Makan Cuma Mee Segera, Nasi dan Sardin Ketika di L.A



KEJAYAAN Yuna di Los Angeles, Amerika Syarikat pastinya menjadi inspirasi kepada ramai pengikutnya.

Namun ramai tidak tahu susah senang yang dilalui penyanyi itu di Amerika Syarikat.

Penyanyi yang popular dengan lagu Crush menerusi album Chapters berkata ramai yang membantunya apabila beliau mula menetap di Amerika Syarikat.

“Saya makan mee segera atau nasi dengan ikan sardin untuk simpan duit kerana semuanya mahal di LA.


Catatan Yuna antara lain untuk memberi peringatan bahawa sesebuah kejayaan bukan daripada usaha seseorang itu sendiri, tetapi ia juga hasil bantuan orang di sekelilingnya. 

Beliau berkata ada sesetengah pihak yang merasakan kejayaan mereka dikecapi hanya dengan usaha sendiri.

“Saya akan sentiasa ingat (siapa yang membantu). Terima kasih,” tulis Yuna.

'Pesta Gay' Diharamkan di Malaysia.

'No Pesta Gay'

Sebarang pesta gay yang dilaporkan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini adalah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjur pesta itu belum membuat permohonan permit, namun beliau mengarahkan pihak polis untuk tidak meluluskannya.

 “Jika diteruskan juga maka acara itu dianggap sebagai perhimpunan haram,” katanya.

Sebuah portal telah melaporkan acara gay berkenaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September sebagai promosi acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu “White Party Bangkok” yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember ini di Thailand.

Ahmad Zahid juga telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk bertindak tegas dengan tidak mengeluarkan visa atau kebenaran memasuki negara ini terhadap rakyat asing yang ingin menghadiri acara yang memalukan itu.

“Kita sedang meneliti nama–nama individu yang berkenaan dan akan meletakkan mereka dalam kategori ‘not to let’ (tidak dibenarkan masuk di pintu masuk negara),” katanya.

 “Apa yang dirancang mereka ini adalah sesuatu yang di luar perlakuan manusia normal.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya telah mengarahkan PDRM dan Jabatan Imigresen supaya memantau secara terperinci agar White Party ini tidak dilakukan di negara ini sama ada secara terbuka atau tertutup,” katanya.

Nekad Mengahwini Robot Selepas Gagal Mencari Calon Isteri.

Zheng bersama robot isterinya 'Yingying'

Kebanyakan ramai orang masih berpegang kepada pepatah “ajal dan jodoh di tangan tuhan” dalam usaha pencarian calon isteri.

Namun hal sebaliknya berlaku di China, iaitu seorang jurutera China yang nekad untuk mengahwini robot ciptaannya sendiri selepas gagal mencari calon isteri.

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki itu yang bernama Zheng Jiajia, 31 tahun, merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou telah menghasilkan robot wanita itu.

Robot yang bernama “Yingying” yang menjadi ‘isterinya’ itu hanya boleh bertutur dalam beberapa perkataan mudah.

Namun, Zheng berhasrat untuk menaik taraf lagi keupayaan robot tersebut supaya mempunyai kemampuan untuk berjalan.

Majlis perkahwinan yang ringkas masih mengikuti tradisi.

Media China melaporkan, perkahwinan pasangan itu dijalankan dalam majlis yang ringkas namun masih mengikuti adat tradisi tempatan. Majlis itu turut dihadiri oleh ibunya dan beberapa rakan kenalannya.

Di China, jumlah lelaki adalah lebih ramai berbanding perempuan. Kesannya, perempuan mempunyai kelebihan untuk memilih teman lelaki atau calon suami.

Sekiranya anda mengalami situasi seperti Zheng, adakah anda akan melakukan hal yang sama?

Wednesday 20 September 2017

Bawa Kepala Cucu Yang Dipenggal Berjalan-jalan.

Lelaki membawa pisau dan kepala cucunya.

Seorang pembunuh yang pernah membunuh enam tahun yang ditahan di hopital mental telah dibebaskan, kini membawa padah apabila lelaki itu memenggal kepala seorang budak perempuan berusia 18 bulan.

Lelaki itu kemudian membawa kepala mangsa itu iaitu cucu saudaranya sendiri di bandar Astrakhan, Russia.

Selepas enggan menyerah diri, polis menembak lelaki itu, Mikhail Elinsky, 42, kerana mengancam anggota itu dengan pisau, dan dia mati di hospital.

Menurut laporan Daily Mail dan beberapa portal berita Britain hari ini, Mikhail turut menikam ibu mangsa, iaitu anak saudaranya, Tatiana, mengakibatkan kecederaan serius.

Tatiana sebelum ini merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak membebaskan lelaki itu dari hospital mental kerana bimbang dengan keselamatan keluarga kerana Mikhail membunuh seorang wanita enam tahun lalu.

Tatiana yang berusaha menyelamatkan anaknya, Natalia, ditikam lelaki itu apabila dia datang ke dapur ketika Mikhail sedang mencederakan mangsa.

Tatiana dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika mereka hendak keluar dan anaknya duduk di atas basikal roda tiga.

“Dia menarik anak saya dan membawanya ke dapur, menutup pintu dan mula ‘memotong’ anak saya.

“Saya berlari ke dapur untuk menghalangnya tapi dia tikam perut saya,” katanya.

Laporan media tempatan menyatakan lelaki itu berlari di jalan raya sambil membawa kepala mangsa dan polis mengambil masa setengah jam untuk cuba menahannya sebelum melepaskan tembakan.

Dalam kejadian enam tahun lalu, lelaki itu membunuh wanita pembantu kedai di bandar berkenaan, menikam mangsa berkali-kali ketika mabuk.

Dia disahkan mempunyai masalah mental ‘paranoid schizophrenia’ menyebabkan dihantar ke hospital mental dan dibebaskan baru-baru ini, selepas disahkan ‘sihat’.
loading...

Popular post :