Labels

Tuesday 12 December 2017

Ayah Sakit Malah Dibuang oleh Anak Derhaka


JAKARTA - Kisah seorang lelaki warga emas yang dibuang anak sendiri dan ditinggalkan di tepi longkang di Jakarta Barat tular di Indonesia, baru-baru ini.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Udjan Susanto, berusia 74 tahun ditemui orang awam terbaring dalam keadaan uzur dan tidak terurus sebelum diselamatkan Unit Pelayanan, Pengawasan dan Pendidikan Sosial (P3S) pada Khamis lalu.

"Ketika kami tiba di lokasi, lelaki tua itu hanya mampu terbaring...seluar tidurnya pula dipenuhi najis sendiri.

"Keadaannya amat menyayat hati dan terabai," kata pegawai P3S, Sudinsos.
Kata Sudinsos lagi, pihaknya telah berjaya mengesan waris lelaki terbabit hasil bantuan masyarakat setempat.

Bagaimanapun, kesemua mereka enggan membawanya pulang ke rumah.
"Dia ada tiga orang anak, salah seorang daripada mereka menetap berhampiran kawasan ini.

"Malang sekali, kesemua mereka enggan mengakui lelaki tua itu sebagai bapa mereka.

"Kami cuba berdialog, namun usaha memujuk mereka gagal," ujarnya.
Susulan itu, Udjan dibawa ke Hospital Tarakan bagi menerima rawatan lanjut.

Pemeriksaan doktor mendapati, Udjan mengalami diabetes akut namun masih mampu berkomunikasi dengan baik.

Pasukan Petugas Khas Sudah Mengetahui Isu (1MDB) Mengenai RM2 juta Dimasukkan ke dalam Akaun Rosmah

Antara Pasukan Petugas Khas yang menjalankan siasatan isu 1MDB

KUALA LUMPUR - Pasukan Petugas Khas memaklumkan bahawa mereka sudah mengetahui isu (1MDB) mengenai dakwaan RM2 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Rosmah isteri Perdana Menteri.

"Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri perdana menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh pasukan petugas khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan," kata Pasukan Petugas Khas itu dalam satu kenyataan media.

Kenyataan media itu dikeluarkan bersama oleh ketua-ketua di Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasukan Petugas Khas itu dalam kenyataannya turut menegaskan siasatan dijalankan dengan telus, bebas dan profesional serta berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan mereka.

"Semua pendedahan itu dipandang serius oleh Pasukan Petugas Khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan," kata kenyataan itu lagi.

Pada Khamis, Sarawak Report mendakwa isteri perdana menteri menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Jumlah itu didakwa didepositkan seorang "pembantu peribadi" bernama Roslan Sohari menerusi lapan transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)" di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

Sementara itu, portal berita Malaysiakini dilapor sudah menghubungi seorang pembantu Rosmah dan masih menunggu reaksi pihak beliau.

Saturday 9 December 2017

Menjual Air Zam Zam Boleh Dikenakan Hukuman Penjara di Malaysia



PUTRAJAYA – Berikutan larangan Kedutaan Arab Saudi bagi penjualan air zam zam di mana-mana kedai, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap air zam zam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Sejak 2012 sehingga Oktober ini, sejumlah air zam zam bernilai RM58,191.80 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa KKM.

Katanya pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berdasarkan Seksyen 4 (1) (f) Akta Makanan 1983.

Dr Noor Hisham berkata air zam zam diperoleh dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” jelas beliau.

Katanya, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad selepas berlepas dari Arab Saudi.

“Kementerian sedang meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan air zam zam memandangkan ia tidak dibenarkan di Malaysia,” katanya.

Kepada pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan, Dr Noor Hisham berkata mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.

Menjual Air Zam-Zam Boleh Dihukum Penjara Di Malaysia


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berikutan larangan yang dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi menjual air tersebut di mana-mana kedai di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Sejak 2012 sehingga Oktober ini, sejumlah air zam zam bernilai RM58,191.80 telah dirampas melalui hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, perkara ini telah dipersetujui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memandangkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa KKM.

Katanya pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berdasarkan Seksyen 4 (1) (f) Akta Makanan 1983.

Dr Noor Hisham berkata air zam zam diperoleh dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semula jadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Pengimportannya memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport,” jelas beliau.

Katanya, kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad selepas berlepas dari Arab Saudi.

“Kementerian sedang meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan air zam zam memandangkan ia tidak dibenarkan di Malaysia,” katanya.

Kepada pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan, Dr Noor Hisham berkata mereka boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq.

Tuesday 5 December 2017

JKR Sabah Perlukan Penjawat Awam Tambahan



KOTA KINABALU - Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memerlukan pertambahan penjawat awam bagi mencapai hasrat kerajaan membangunkan infrastruktur di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini.

Katanya, selain melaksanakan projek mega seperti pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, jabatan itu juga telah mengambil alih aset awam seperti jalan-jalan di bawah majlis daerah dan pembetungan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dengan bertambahnya tanggungjawab ini, saya berpendapat adalah amat penting untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan organisasi ini.

Tidak dinafikan bahawa pertambahan anggota di pejabat adalah amat diperlukan dalam soal pentadbiran, kepakaran dan sokongan teknologi, tetapi disiplin dan kerajinan individu juga adalah penentu kepada keberkesanan jabatan,” katanya pada Majlis Pengiktirafan dan Penghargaan JKR Sabah di sini hari ini.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata pihaknya akan memohon kepada kerajaan negeri untuk menambah kekuatan kakitangan agar tugas dan tanggungjawab jabatan itu dilaksanakan  dengan lebih efisyen.

Terdahulu, Pengarah JKR Sabah, Datuk Amrullah Kamal berkata, jabatan itu perlu bekerja lebih keras dan sentiasa kreatif dan inovatif dalam memenuhi tuntutan kerja yang semakin bertambah, termasuk kepercayaan kerajaan pusat untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) setakat ini, 365 projek dikendalikan oleh JKR Sabah, yang mana 69 peratus adalah projek Persekutuan, manakala selebihnya projek biayaan negeri. - Bernama

Monday 4 December 2017

Sering Dinodai Perkara Biasa bagi Tentera Wanita Korea Utara


SELAIN terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, mandi menggunakan air bukit dan terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan askar lelaki, dinodai pegawai tinggi juga adalah 'normal' untuk askar-askar wanita dalam angkatan tentera Korea Utara.

Seorang bekas tentera yang telah berpaling tadah berkata, ramai askar wanita yang berkhidmat dalam angkatannya 'berhenti datang bulan'.

Lee So Yeon mengatakan beliau tidur dalam keadaan tidak selesa selama 10 tahun bersama berpuluh-puluh askar wanita lain.

Kata So Yeon, wanita sentiasa dikenali sebagai golongan yang mementingkan kebersihan diri tetapi fasiliti di kem-kem tentera 'menyedihkan'.

"Sebagai wanita, salah satu perkara yang kami terpaksa hadapi adalah gagal mandi dengan sempurna," kata So Yeon dipetik laporan BBC.

"Ini kerana tiada air panas. Mereka sambungkan paip ke air dari bukit. Kadang-kadang katak dan ular keluar dari paip," jelasnya.

Anak kepada seorang profesor di sebuah universiti, So Yeon, 41, terpaksa berkhidmat dalam angkatan tentera akibat krisis kebuluran.

Kata So Yeon, berkhidmat dalam angkatan tentera 'menjanjikan' makanan untuk anggota-anggota dan dirinya.
"Kebuluran menyebabkan wanita terdedah kepada ancaman," kata pengarang buku North Korea's Hidden Revolution, Jieun Baek.

"Ramai wanita terpaksa menyertai tentera dan lebih ramai lagi dilayani dengan salah, antaranya menghadapi penderaan dan gangguan seksual.

Kata Jieun, pendedahan oleh So Yeon sama dengan testimoni-testimoni dari anggota tentera lain yang telah berpaling tadah.

So Yeon mengatakan, latihan dan jadual pemakan ketat menyebabkan badan rekrut wanita menjalani perubahan.

"Selepas enam bulan sehingga setahun dalam perkhidmatan, kami tidak lagi mengalami menstruasi kerana tidak cukup zat dan persekitaran yang tertekan.

"Ramai askar wanita kata mereka bersyukur kerana tidak datang bulan. Mereka kata begitu sebab, kalau mereka datang bulan, keadaan akan menjadi lebih teruk untuk mereka," terang So Yeon.

Lebih menjijikan, So Yeon dan askar wanita lain pernah terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama berulang kali kerana tentera tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya.

Jieun mengatakan gangguan seksual 'terlalu meluas' dalam angkatan tentera.

So Yeon mengatakan beliau tidak pernah dinodai, tapi ramai rakannya pernah mengalaminya.

"Komander kompeni akan dinodai askar wanita dibawah pimpinannya. Ini akan terjadi berulang-ulang kali tanpa pengakhiran," kata So Yeon.

Seorang lagi pengarang, Juliette Morillot mengatakan tidak ramai askar wanita mahu mengaku dinodai, jadi pelakunya sentiasa akan terlepas.

Morillot menambah, segala penindasan yang berlaku terhadap askar wanita adalah kerana unsur patriarki yang berleluasa dalam angkatan tentera Korea Utara.

Patriarki juga menyebabkan askar wanita disuruh melakukan lebih banyak kerja berbanding askar lelaki.

Unsur patriarki adalah keadaan dimana golongan wanita dipandang rendah oleh golongan lelaki dan ditindas secara terbuka.

"Keganasan domestik masih diterima dan tidak dilaporkan (di Korea Utara) dan ianya situasi sama dalam angkatan tentera," jelas Morillot.

So Yeon sebelum ini bertugas sebagai seorang sarjan di sempadan Korea Utara-Korea Selatan dan meninggalkan angkatan tentera ketika berusia 28 tahun.

Pada 2008, beliau membuat keputusan untuk melarikan ke Korea Selatan dan beliau ditangkap dan dipenjara setahun selepas tertangkap dalam percubaan pertamanya.

Cubaan kedua So Yeon berlaku sejurus selepas beliau dibebaskan dimana beliau berenang melalui sungai Tumen dan menyeberangi Chia.

Di sempadan, beliau bertemu seorang broker yang memindahkan beliau ke Korea Selatan melalui China.
loading...

Popular post :