Labels

Monday, 18 September 2017

Nasihat Seorang Perogol Buat Wanita.

Mukesh Singh.

Insiden hitam yang menimpa, Jyoti Singh, seorang pelajar perubatan di India telah menarik perhatian dunia pada penghujung 2012 apabila dia dirogol, dibelasah dan disula oleh sekumpulan lelaki dan meninggal dunia dua minggu kemudian. Perlakuan itu disifatkan sangat kejam kepada mangsa.

Namun, menerusi temubual eksklusif bersama portal berita BBC selepas itu, salah seorang suspek yang disabit bersalah dan menunggu hukuman dijatuhkan membuat kenyataan mengejutkan apabila menyalahkan mangsa berikutan serangan kejam insiden rogol dan pembunuhan itu.

Mukes Singh yang ditemubual dalam penjara, menyatakan seorang wanita yang keluar pada waktu malam perlu menyalahkan diri mereka kerana menarik perhatian golongan lelaki.

Menurutnya, kematian Jyoti ketika serangan pada Disember 2012 disifatkan sebagai satu 'kemalangan'.

“Apabila dirogol, dia (Jyoti) tidak sepatutnya melawan balik. Dia hanya perlu berdiam diri dan membiarkan dirinya dirogol.

“Selepas itu, mereka akan diturunkan dari bas itu apabila selesai merogolnya dan hanya memukul teman lelakinya itu,” katanya dalam satu program berjudul “Storyville – India’s Daughter” yang disiarkan di BBC.

Antara perogol yang terlibat.

Menurut laporan media pada ketika itu, kejadian bermula apabila Jyoti bersama rakannya Awindra Pandey, 28, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, kemudian diperdaya untuk menaiki bas yang dipandu Mukes bersama lelaki lain sebelum mereka diserang.

Kedua mangsa dipukul menggunakan batang besi sebelum Jyoti dirogol berkali-kali dan kedua-dua mereka ditemui berbogel di jalan raya.

Jyoti meninggal dunia dua minggu kemudian manakala rakannya terselamat.

Bercerita mengenai insiden itu kepada BBC, Mukes bagaimanapun tidak mengaku terlibat dalam insiden kejam itu dan mendakwa hanya menjadi pemandu bas ketika kejadian.


Namun, tuntutan dia ditolak mahkamah apabila menemui bukti DNA menunjukkan bahawa dia juga terlibat dalam insiden merogol Jyoti.



Ramai penduduk yang menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap perogol.

“Jika bertepuk sebelah tangan, ia tidak akan berbunyi.

“Seorang gadis yang baik tidak akan keluar jam 9.00 malam.

“Lelaki dan perempuan tidak sama. Kerja rumah dan mengemas rumah adalah untuk perempuan dan bukannya berkeliaran di kelab malam dan memakai pakai yang tidak betul (seksi).

“Kira-kira 20 peratus saja daripada perempuan adalah baik,” katanya.

Mukesh turut menambah, hukuman yang dikenakan kepadanya dan perogol lain akan lebih merisikokan mangsa rogol pada masa akan datang. Hal ini kerana, perogol akan membunuh mangsa selepas merogol dan tidak lagi meninggalkannya hidup untuk mengelakkan diketahui.

“Hukuman mati akan menjadikan perkara tersebut (rogol) lebih berbahaya kepada mangsa.

“Sebelum ini, mereka akan merogol dan mendakwa akan meninggalkan mangsa.

“Namun, sekarang apabila mangsa dirogol, perogol akan membunuh gadis tersebut (untuk mengelakkan diketahui),” ujarnya. 

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :