Labels

Sunday 29 October 2017

Antara Makanan yang Menjadi Penyebab Pelupa



Terdapat banyak faktor yang melemahkan daya ingatan seseorang. Antara faktor utama adalah melalui pemakanan. Pemakanan yang tidak dijaga membuatkan anda menjadi pelupa malah memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Di bawah adalah antara makanan yang menyebabkan seseorang menjadi pelupa.

1) Banyak makan epal yang sudah masam atau epal hijau

2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.

3) Banyak makan bawang besar.

4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.

5) Memakan kepala ikan.

6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.

7) Makan sehingga terlalu kenyang.

8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.

9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.

10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.


11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet seperti minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

4 Cara Menghilangkan Kesan 'LoveBite'



Bagi pasangan yang sudah berkahwin, pastinya pasangan anda akan suka untuk mencium anda terutamanya pada bahagian leher. Ia bertujuan untuk menambahkan kemesraan antara pasangan suami isteri tersebut.

Namun, ciuman tersebut pasti akan meninggalkan kesan ‘LoveBite’ kepada kulit dengan kelihatan kemerah-merahan. Seterusnya, tentu anda akan menjadi bahan gurauan rakan-rakan sekerja anda.

Petua bagi menghilangkan kesan ‘lovebite’ adalah seperti di bawah:

1. Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yang mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dengan air seperti biasa.

2. Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan untuk seketika.

3. Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4. Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

# Petua ni hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Saturday 28 October 2017

Fakta-fakta Menarik yang Tidak Pernah Terfikir



1. Mengapa lagu A-B-C sama dengan lagu Twinkle Twinkle Little Star.

2. Mengapa kita tekan lebih keras pada remote control ketika kita mengetahui bateri flat?

3. Berapa kelajuan kegelapan?

4. Mengapa orang membayar untuk naik ke KL Tower dan kemudian teropong dari atas untuk melihat hal-hal di bawah?

5. Mengapa terdapat cahaya di dalam peti sejuk dan tidak di dalam freezer.

6. Mengapakah orang menunjuk ke pergelangan tangan mereka ketika meminta waktu, tetapi tidak menunjukkan dot dot mereka ketika mereka bertanya di mana toilet?

7. Kenapa Goofy berdiri tegak sementara Pluto tetap merangkak? Mereka berduakan anjing!

8. Jika minyak jagung dibuat dari jagung, dan minyak sayur diperbuat daripada sayuran, lalu apa baby oil diperbuat daripada?

9. Kenapa Tarzan tidak mempunyai janggut walaupun rambutnya makin panjang?

10. Adakah menekan butang lif lebih dari sekali membuatnya tiba lebih cepat?

Friday 27 October 2017

MRSM Keempat Sabah Akan Dibina di RANAU

Musa Aman

RANAU - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) keempat di Sabah akan dibina di daerah ini tahun depan, dan dijangka siap pada 2021.

Kemudahan yang akan dibina adalah seperti blok akademik, makmal sains, dewan serbaguna, asrama, kemudahan sukan serta mampu menampung 450 pelajar pada satu-satu masa.

MRSM Ranau akan dibina di kawasan seluas 26,000 meter persegi bermula tahun depan dan dijangka siap pada 2021.

Projek ini adalah usaha bersama oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Kerajaan Negeri Sabah.

Program ini dibangunkan oleh Petronas dalam membangunkan modal insan melalui sektor pendidikan.

Pelancaran projek MRSM Ranau itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata dalam ucapannya, Petronas banyak memberi sumbangan seperti industri carigali minyak laut dalam, Sabah Oil dan Gas terminal (SOGT) di Kimanis, dan projek Sabah Ammonia-Urea (SAMUR) di Sipitang meletakkan Sabah sebagai lokasi pelaburan utama industri minyak dan gas negara.

Katanya lagi, selain menyumbang ekonomi, Petronas juga membantu dalam pembangunan pendidikan,  kesejahteraan rakyat dan juga pemulihan alam sekitar.
Justeru itu, beliau menyeru anak-anak Sabah supaya memanfaatkan segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Petronas.

Beliau berkata pembangunan sektor pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri dan menyediakan peruntukan untuk tujuan itu selain menghargai sumbangan dan keprihatinan Petronas bagi melengkapkan usaha kerajaan berkenaan.

Sementara itu, Presiden Petronas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata pendidikan merupakan kaedah  paling penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Kami benar-benar percaya bahawa mengupayakan individu melalui pendidikan berkualiti, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai adalah paling utama dalam pembangunan modal insan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Sabah tetapi Malaysia amnya," katanya. 

Tiga lagi MRSM lain terletak di Tawau, Kinarut dan Semporna. - Bernama

5 Sifat Wanita Berisi Kesukaan Lelaki, Yang Membezakan Wanita Kurus



Percayakah anda, bahawa sebenarnya wanita berisi atau ‘chubby’ tidak sukar untuk mencari teman lelaki. Jika dibandingkan dengan wanita kurus, hakikatnya ramai wanita kurus yang masih single di luar sana berbanding wanita chubby.

Di bawah ini adalah 5 sifat wanita berisi yang disukai lelaki.


1. Wanita berisi lebih mesra dan ceria



Kajian yang dijalankan oleh littlewoods.com mendapati bahawa, ramai wanita berisi  atau chubby lebih ceria dan mesra daripada wanita kurus.

Hal ini membuatkan lelaki yang menjadi pasangannya tidak akan merasa bosan dengan wanita berisi tersebut. Sebanyak 74% daripada 2000 responden mengakui mereka bahagia dengan berat badan mereka.


2. Berkeyakinan tinggi



Wanita yang berbadan besar ini biasanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana mereka sering berfikiran positif dan tidak berkira dengan orang lain.

Mereka juga mempunyai cara tersendiri berkomunikasi, eye contact, bertutur kata, dan mudah untuk tergelak ketawa membuatkan para lelaki tidak bosan. Anda boleh lihat sendiri di sekeliling kita.


3. Tidak rumit dalam soal penampilan



Wanita berisi biasanya bersikap simple, dan biasanya mereka tidak terlalu cerewet dalam penampilan diri. Oleh itu, sesetengah lelaki suka dengan wanita sebegini kerana tidak perlu menunggu lama ketika mereka bersiap apabila keluar rumah. 


4. Menjadi teman makan



Bagi pasangan kekasih, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk makan di luar. Oleh itu, pasti menyeronokkan bagi lelaki apabila pasangan berisinya itu tidak cerewet dalam soal makan.

Hal ini kerana, wanita berisi tersebut kurang memberi perhatian pada berat badan, berbanding wanita kurus yang sangat menjaga badan.

Oleh itu, wanita berisi ini sentiasa dapat meluangkan masa untuk mencuba menu-menu makanan yang baru, seterusnya membuktikan yang mereka tidak membosankan berbanding wanita kurus yang sedikit membosankan.


5. Membuatkan lelaki geram kerana comel



Wanita kelihatan comel kerana pipinya yang tembam berbanding wanita kurus. Hal ini menyebabkan lelaki sentiasa teringin mencubit pipi pasangannya.

Selain itu, wanita berisi juga lebih manja berbanding wanita kurus. Walaupun wanita berisi ini kuat merajuk, namun mereka tetap mudah untuk dipujuk.

Thursday 26 October 2017

Petani Menyangka Artifak Kuno yang sangat Bernilai, Rupa-rupanya Sesuatu yang Menggelikan..


Seorang petani dari Zheijiang, China, pada mulanya menyangka menemui sebuah artifak kuno, seakan-akan duit syiling lama.

Terdapat garisan-garisan pada penemuan tersebut seperti artifak kuno yang sangat cantik, dan kelihatan seperti sesuatu yang sangat bernilai.



Setelah dicungkil keluar, alangkah terkejutnya petani tersebut bahawa penemuan seperti artifak kuno yang bernilai tinggi itu rupa-rupanya seekor labah-labah besar.









Labah-labah yang dikenali sebagai ‘ravine trapdoor spider’, spesis Cyclocosmia ricketti adalah spesis labah-labah yang jarang ditemui.

Corak pada badannya bertindak sebagai perisai yang menghalangnya daripada serangan musuh ketika labah-labah berkenaan bersembunyi di dalam lubang.

5 Fakta Wanita Kasar yang Dicemburui Lelaki


Dalam dunia, terdapat ramai wanita yang mempunyai karakter sopan santun dan lemah lembut yang membuatkan kaum lelaki tertarik dengannya. Namun, sebenarnya wanita yang mempunyai sifat kasar juga mempunyai tarikan tersendiri.

Di bawah adalah fakta mengenai perempuan yang mempunyai sifat kasar yang kurang ada pada wanita lemah lembut.

1. Sentiasa jujur bila bercakap
Orang kata perempuan ni complicated? Tak payah risau sebab perempuan kasar ni simple je. Semua benda dia akan terus terang sampai tu main cakap lepas! 
“Terima aku seadanya, kalau tak nak kau boleh blah!”

2. Lelaki akan rasa tergugat sebab semua benda dia boleh buat
Wanita jenis kasar ni tak suka sangat nak harapkan lelaki. Jadi, korang akan rasa respect kat perempuan macam ni sebab semua benda dia boleh buat sendiri. 

3. Jenis yang fun!
Diorang ni dalma kepala macam-macam plan ada. Korang serius tak akan bosan bila keluar dengan diorang. 

4. Mereka jenis yang berdikari
Wanita kasar dan tegas tidak akan bergantung harap dengan lelaki. Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan melakukan semuanya sendiri.

5. Anda tak perlu risau tentang keselamatannya
Jika pasangan anda keluar bersama rakan wanitanya, anda tidak perlu risau kerana mereka pandai menjaga diri.
Percaya atau tidak, jika terlibat dalam insiden tayar pancit, merek lebih gemar selesaikan masalah itu sendiri.

Wednesday 25 October 2017

Kehebatan Percakapan Manusia, Mampu Mempengaruhi Makanan.

Percayakah anda bahawa kuasa pemikiran manusia sangat luar biasa?  Sebenarnya kata-kata yang diucapkan oleh seseorang mampu mempengaruhi emosi bukan sahaja kepada manusia, malah benda lain yang ada di persekitaran kita.

Semua orang sangat suka mendengar pujian atau kata-kata yang baik dari seseorang yang lain, namun tiada sesiapa pun yang suka mendengar kata-kata negatif atau buruk.

Seperti makanan, kita selalu dilarang untuk tidak bercakap mengenai hal-hal yang buruk ketika di hadapan makanan, kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan berlaku.



Seorang penyelidik dari Jepun, Dr.Masaru Emoto telah menjalankan satu kajian untuk membuktikan kekuatan pemikiran positif manusia.

Dalam satu eksperimen, Dr.Emoto telah menyediakan dua bekas yang diisi dengan nasi yang baru dimasak.

Kemudian salah satu bekas dilabelkan dengan menulis perkataan yang baik iaitu “ I Love You”, dan satu bekas lagi dilabel buruk iaitu “I Hate You”. Kedua-dua bekas adalah bersih dan mempunyai penutup.

Kemudian dia mengarahkan budak-budak sekolah membacakan perkataan pada label tersebut dengan kuat dan lantang kepada nasi tersebut setiap hari dalam tempoh 30 hari.

Selepas 30 hari, kajian mendapati bahawa nasi dalam bekas “I Love You” kelihatan hampir tidak berubah, namun dalam bekas “I Hate You” kelihatan hitam dan busuk.


Dr.Masaru Emoto


Begitulah kekuatan pemikiran manusia yang sebenarnya mampu mempengaruhi emosi seseorang dan benda lain dalam kehidupan kehidupan kita.

Maka berhati-hatilah dalam percakapan kerana setiap perkataan yang diluahkan tidak boleh titarik kembali.

Setiap perkataan yang baik dan positif mempunyai nilai kuasa tersendiri, contohnya manusia yang sering suka mendengar kata-kata pujian yang baik. Sebab itulah ia sentiasa bertahan dalam segala aspek kehidupan.

Terdapat juga kajian yang mengatakan orang yang sentiasa diejek akan cepat mati kerana sering tertekan dengan sesuatu yang  buruk menimpanya.

Namun, bagi orang yang sentiasa berfikiran positif,  dia mampu meneruskan kehidupan walaupun tertekan. Oleh itu, berfikirlah dan bercakaplah tentang sesuatu yang positif dan baik sahaja.

Tuesday 24 October 2017

Lelaki Melakukan Seks Luar Tabii dengan Anjing

Lelaki melakukan seks luar tabii dengan anjin yang dirakam melalui CCTV.

Ipoh - Seorang lelaki lewat 40-an kini telah ditahan polis kerana melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor anjing di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan dijalankan terhadap lelaki berkenaan bagi mengetahui sama ada menhadapi gangguan mental.

“Pada 21 Oktober lalu, polis telah dapat maklumat awam bahawa terdapat seorang lelaki telah merogol seekor anjing betina di tepi jalan berhampiran dengan Restoran Ghulam Rasul di sini.

“Terdapat rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian ini yang disebarkan.

“Hasil siasatan telah membawa kepada tangkapan suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau. Suspek dipercayai merupakan seorang gelandangan”. Katanya lagi.

Suspek kini direman sehingga 28 Oktober bagi membantu siasatan.

Rakaman CCTV dalam tempoh 1 minit 40 saat tersebut boleh ditonton menerusi chanel Youtube.

Monday 23 October 2017

Dapatkan Koleksi Tudung untuk Si Comel Anda Disini



TudungSiComel.com kini tampil dengan pelbagai tudung yang cantik dan menarik untuk si comel anda. Dengan misi membudayakan pemakaian tudung dari usia muda kanak-kanak, ia diibaratkan melentur buluh dari rebungnya.

TudungSiComel.com mempunyai pelbagai jenis tudung yang menarik membuatkan anak-anak menjadi lebih comel dan cantik dengan mengikut perkembangan fesyen dan trend tudung terkini.

Tudung yang juga sesuai diberikan kepada anak-anak sebagai hadiah hari jadi atau untuk dipakai dalam aktiviti seharian di sekolah mahupun pesta ulang tahun kelahiran.




Kini si anak-anak comel anda juga mampu bergaya dan kelihatan cantik dengan pelbagai koleksi tudung dari TudungSiComel.com. Dengan tawaran harga yang menarik, tiada yang menghalang si comel anda untuk tampil bergaya.

Terdapat juga pelbagai produk lain untuk si comel anda, seperti:

1. Jubah



2. Telekung



3. Tudung




4. Tudung sekolah



5. Baju sekolah



6. Aksesori



Sila lawati laman web di bawah ini untuk melihat pelbagai koleksi untuk si comel anda:
Link : TudungSiComel.com

Sunday 22 October 2017

Dua 'Pontianak' Telah Dibunuh Dalam Rusuhan

Rusuhan penduduk yang memburu dan membunuh 'Pontianak'

BLANTYRE, MALAWI ~ 124 individu telah ditahan oleh pihak berkuasa atas kesalahan telah rusuhan dan membunuh dua lelaki yang didakwa ‘Pontianak’.

Dalam laporan portal antarabangsa, dua lelaki berkenaan didakwa cuba mengambil darah manusia untuk upacara ilmu hitam.

Jurucakap polis, Ramsy Mushani berkata, seorang mangsa dibakar dan seorang lagi di rejam dengan batu sehingga mati oleh orang ramai.

“Penduduk bertindak demikian kerana mengesyaki dua lelaki itu menghisap darah,” katanya.

Sehingga kini, sudah Sembilan individu yang telah dibunuh yang didakwa sebagai 'pontianak'.

Hal itu berpunca daripada khabar angin yang tersebar mengatakan pontianak telah mengganas menyebabkan penduduk di wilayah selatan negara itu menjadi panik dan mula memburu pontianak.

Penduduk di negara tersebut dikatakan sangat percaya pada perkara tahyul dan ilmu hitam dan kini memaksa polis melaksanakan perintah berkurung pada waktu malam.

Ketegangan yang berlaku menyebabkan PBB mengeluarkan kakitangannya untuk program bantuan makanan dan perladangan dari beberapa kawasan sebagai langkah keselamatan.

Menurut PBB, khabar angin mengenai pontianak itu berasal dari Mozambique sebelum merebak ke Malawi yang berjiran, terutama di daerah Mulanje dan Phalombe.

Saturday 21 October 2017

Runtuhan di Lereng Gunung Kinabalu



KUNDASANG - Satu runtuhan berlaku di lereng Gunung Kinabalu telah dilaporkan pada kira-kira jam 3.15 petang, pada 21 Oktober telah mengundang panik dalam kalangan penduduk sekitar.

Bagaimanapun, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah di sini, kejadian telah berlaku kira-kira jam 3.45 petang, berdekatan Sungai Masilou 2, Kampung Masilou di Kundasang.

“Runtuhan berlaku di lereng gunung di kedudukan 1.5 km sebelah Ulu Sungai bekas Mesilau Nature Resort dekat Stesen Taman Kinabalu Masilou.

“Aliran Sungai Masilou 2 normal ketika ini dan keadaan terkawal,” kata kenyataan itu.

Sepasukan APM Sabah yang bergegas ke tempat kejadian memantau keadaan dan mengambil pendekatan menenangkan para penduduk Kampung Masilou agar tidak panik dengan kejadian itu. - Bernama


Friday 20 October 2017

Sempat Menyelamatkan Diri Ketika Melihat Tiada Tanah Hadapan Rumah - Tuaran Sabah.



Tuaran – Hujan lebat sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan sebuah rumah yang didiami oleh empat beranak menggelongsor akibat tanah runtuh di Jalan Longkou, Kiulu.

Kejadian tersebut berlaku pada Khamis lalu 19 Oktober, kira-kira jam 7.30 malam apabila Roddy Selidin bersama isteri dan dua anakya berusia satu tahun dan lima tahun itu baru selesai makan malam.

Rumah tersebut telah menggelongsor beberapa meter daripada tapak asal turut menimbus motorsikal miliknya. Runtuhan dipercayai berpunca daripada mendapan akibat hujan lebat.

Roddy yang bekerja di sebuah syarikat di Telipok, pinggir Kota Kinabalu, berkata kejadian disedari isterinya ketika hendak memberi makan kucing peliharaan di depan rumah.




"Sebaik membuka pintu, isteri terkejut apabila melihat tiada tanah di hadapan rumah kami dan dia kemudian menjerit 'lari tanah runtuh'.
"Saya segera mengambil dua anak dan lari ke jalan raya. Tidak lama kemudian saya lihat rumah kami menggelongsor ke bawah perlahan-lahan.

"Kami sebenarnya tak sedar berlaku tanah runtuh sehinggalah isteri membuka pintu kerana tiada merasai gegaran. Apa pun kami bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mereka kini terpaksa menumpang di rumah keluarga mentuanya yang tidak jauh dari rumahnya buat sementara waktu.

"Buat masa sekarang, bomba tidak benarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun untuk mengambil barang kerana bimbang berlaku lagi pergerakan tanah yang boleh membahayakan keselamatan.

"Saya berharap ada pihak tampil membantu meringankan beban saya dan keluarga selepas ditimpa musibah ini," katanya lagi.

Selain itu, laluan yang menghubungkan Kampung Longkou di ke Pekan Telipok turut terputus berikutan tanah runtuh akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Thursday 19 October 2017

Anak Gadis Hilang Dari Keluarga



Sabak Bernam – Seorang remaja perempuan yang telah menghilangkan diri sejak Isnin lalu, 09 Oktober 2017, membuatkan sekeluarganya menjadi tidak keruan.

Kejadian itu disedari oleh ibunya, Noor Hayati Ab Wahab, 48, ketika dia ingin mengejutkan anak gadisnya itu kira-kira jam 6.30 pagi, namun mendapati bahawa anak bongsunya itu tiada dalam bilik.

Noor Hayati hanya menemui sekeping kertas tulisan tangan yang diletakkan dalam meja solek dalam bilik Mizah itu.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu sempat meninggalkan nota di dalam laci meja solek memaklumkan ingin mencari ketenangan selain pergi ke rumah keluarga angkatnya di Perak.

“Saya beberapa kali bermimpi dia ‘dipegang’ seseorang namun kelibat individu berkenaan gagal dilihat dengan jelas,” kata Noor Hayati Ab Wahab, 48, ibu kepada Nur Hamizah Abdul Rahman, 18, yang masih gagal dikesan itu.

Noor Hayati berkata, dia sekeluarga buntu mencari lokasi Nur Hamizah sehingga pergi ke Kuala Lumpur untuk menjejakinya.

“Selain mengorbankan masa dan tenaga bagi mencari adik, kami meminta bantuan saudara mara terdekat serta sahabat untuk bersama mencarinya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurutnya, dia bimbang keselamatan Nur Hamizah yang hanya membawa MyKad.

“Dia anak yang baik dan tidak akan tergamak melakukan perbuatan ini. Air mata saya juga sudah kering kerana setiap hari menangis memikirkannya.

“Saya cuma mahu dia segera pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.

Kata Noor Hayati, dia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anak perempuannya itu supaya menghubunginya di talian: 017-6417021.

Perbuatan Kejam Mengerat Anak Kucing Kepada Dua Bahagian

Seekor anak kucing dikerat kepada dua bahagian dan dipotong kaki.

SABAK BERNAM – Perbuatan individu yang membunuh kejam anak kucing dengan mengerat dua bahagian binatang itu tetap dimaafkan oleh pemilik anak kucing tersebut walaupun masih bersedih.

Pemilik anak kucing terbabit Mohammad Rosmawar, 30, mengambil keputusan untuk memaafkan pelaku tersebut kerana tidak mahu memanjangkan isu dan tidak mahu bermusuh dengan sesiapa.


Keadaan anak kucing sebelum kejadian kejam tersebut.

"Saya tak mahu panjangkan isu. Malah saya juga tidak buat laporan polis. Siapa sahaja yang bertanggungjawab saya maafkan, tetapi dengan Allah, itu urusan dia.

"Lagipun, saya tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Biar Allah tunjukkan jalan yang lurus dan beri hidayah kepadanya," katanya ketika dihubungi.

Bertempat di kediaman Parit 5, Sekinchan, Mohammad terkejut apabila anak kucing yang dikerat dua tersebut diletakkan di hadapan rumahnya, semalam.

Kejadian yang tular di facebook tersebut telah mendatangkan kemarahan orang ramai dan pelbagai kecaman terhadap perbuatan kejam itu.
loading...

Popular post :