Labels

Friday 21 July 2017

Remaja menghadapi risiko maut ketika tidur

Derbyshire memerlukan mesin pernafasan ketika tidur

London: Setiap orang memerlukan tidur untuk merehatkan badan dan membaiki fungsi tubuh tetapi bagi seorang remaja di sini, tidur mungkin boleh meragut nyawanya.
Liam Derbyshire dilahirkan dengan sejenis penyakit yang sangat jarang ditemui yang menyebabkan dia berhenti bernafas setiap kali dia tertidur.
Ketika dilahirkan, doktor memberitahu, bayi itu mungkin mampu hidup selama enam minggu sahaja namun Derbyshire mencipta keajaiban dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 tidak lama lagi.
Derbyshire mengalami satu keadaan dikenali sebagai central hypoventilation atau ‘Sumpahan Ondine’ dan dianggarkan seramai 1,500 orang di seluruh dunia menghidapnya.
Penyakit itu menghalang pesakit mendapat tidur dengan lena untuk membaiki tubuh tetapi keadaan Derbyshire adalah yang paling ekstrem.

Sesat 10 jam dibawa oleh 'nenek'

Sesat ketika menahan ikan 

LELAKI yang sesat hampir 10 jam ketika menahan ikan di kawasan tasik di hutan Kampung Serdang, Dungun semalam mendakwa dibawa seorang nenek ke pondoknya.
Bagaimanapun, mangsa dikenali sebagai Zulfakar Hussin, 30, ditemui selamat selepas berjaya keluar dari hutan berkenaan kira-kira 7 pagi ini.
Menurut Zulfakar, kejadian pelik itu berlaku selepas dia terpijak seekor ular sawa ketika mengangkat taut sebelum kaki kanannya tiba-tiba sakit akibat terpijak sengat ikan.
Katanya, dia kemudian melihat seorang nenek sebelum diminta wanita terbabit menghisap kakinya yang terkena sengat.
€œSaya dibawa nenek itu ke pondoknya dan hanya tersedar selepas terdengar azan Subuh dari sebuah masjid.
€œSaya cuba mencari jalan keluar sebelum menemui jalan besar dan melihat orang ramai termasuk anggota polis dan bomba berada di sekitar kawasan itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Amri Mohamad berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bersama dua rakannya masuk ke dalam hutan berkenaan kira-kira 8 malam semalam.
"Difahamkan, ketika mengutip ikan pada taut dipasang, mangsa dikatakan terpijak sengat ikan sebelum berkelakuan pelik dan melarikan diri dari kawasan itu.
"Pada masa sama, rakan mangsa yang pelik dengan tindakan mangsa cuba mengejar mangsa namun gagal sebelum mereka membuat laporan untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurut Amri, sepasukan anggota bomba yang menerima laporan itu bersama polis dan penduduk kampung melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa di kawasan hutan berkenaan.
"Mangsa bagaimanapun ditemui selamat apabila berjaya keluar dari kawasan hutan berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut," katanya.


Neelofa kini bertukar 'Buah Hati' iaitu Alif Satar

Alif Satar dan Neelofa

KUALA LUMPUR
: Selepas mencipta fenomena bersama Fattah Amin menerusi Suri Hati Mr Pilot, Neelofa bakal bertukar hero dalam drama bersiri terbaru berjudul Red Velvet apabila beliau digandingkan buat kali pertama dengan Alif Satar.
Katanya, secara peribadi beliau mengagumi bakat aktor berkenaan yang sememangnya menyerlah dalam pelbagai cabang seni, termasuk pengacaraan dan nyanyian.
"Saya terima tawaran ini pun kerana teringin bergandingan dengan Alif. Lakonannya dalam beberapa drama sebelum ini sangat saya kagumi. Dia mempunyai karisma dan serba boleh," katanya kepada BH Online.
Ditanya sama ada mampu mengulangi fenomena Suri Hati Mr Pilot, Neelofa enggan memberi jangkaan sebaliknya menyerahkan setiap kemungkinan kepada peminat.
"Seperti sebelum ini, saya tidak memberi sebarang jangkaan, namun berusaha memberikan yang terbaik ketika berlakon. Perkara sama saya lakukan kali ini. Saya bagaimanapun berharap penonton dapat menikmati kisah menarik yang disajikan kerana ketika membaca skripnya saja, saya sudah terpesona.
"Harapan saya, orang ramai takkan membuat perbandingan. Apa pun, saya sangat optimis peminat tentu menyukai plot drama terbaru ini, begitu juga gandingan kami berdua," kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu lagi.
Terdahulu, Alif sebelum ini mencipta sensasi menerusi drama Dia Semanis Honey bersama Siti Nordiana.
Red Velvet, yang bakal diarahkan oleh Michael Ang, akan menjalani penggambaran dalam masa terdekat.

Chester Bennington, Vokalis Linkin Park ditemui mati

Chester Bennington
NEW YORK : Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam, dipercayai akibat membunuh diri.

Pejabat koroner Los Angeles berkata, mereka menerima panggilan sejurus selepas jam 9 pagi (waktu tempatan) yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.

Ketua Operasi pejabat itu, Brian Elias, berkata kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri.

Pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau di akaun Twitter dipetik sebagai berkata: "Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia benar".

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bennington secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Arizona.

Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.

Kemarahan beliau itu disalurkan kepada muzik beraliran 'heavy metal' tetapi Linkin Park adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik 'nu metal' yang menggabungkan struktur pop dan hip hop, membabitkan rap oleh Shinoda di antara nyanyian Bennington.

Pada Mei lalu, Bennington juga pernah melahirkan rasa sedih yang begitu mendalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell.

Linkin Park sepatutnya memulakan siri jelajah mereka minggu depan yang akan membabitkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York bersama beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan.


Monday 3 July 2017

Penjelasan daripada keluarga yang memuat naik gambar raya pegang anjing



Viral kini ada berkenaan dengan sebuah gambar 'unik' telah dikongsikan di laman Facebook (FB) dan ia menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular. Gambar 'luar biasa' itu memaparkan sebuah keluarga bahagia lengkap menggayakan baju raya bergambar dengan seekor anjing. Lebih menarik perhatian apabila dua daripada ahli keluarga terbabit dilihat memegang dan membelai haiwan itu.


Sebenarnya gambar tersebut telah pun menjadi viral sebelum ini dan keluarga tersebut hanya mendiamkan diri dan enggan melayan karenah dan kecaman dari netizen. Namun ianya menarik perhatian aktivis terkenal Syed Azmi. Beliau cuba mendapatkan komen dari ahli keluarga tersebut dan ini apa yang boleh dikongsi supaya netizen semua jelas dengan keadaan tersebut. 


Hello Assalammualaikum Syed Azmi, keluarga saya berterima kasih kerana hormat privasi kami dengan meminta izin terlebih dulu sebelum berkongsi gambar raya kami. Mereka cakap ok, tetapi ada beberapa perkara yang awak kena tahu, gambar raya ini diambil pada tahun 2014.
Ia viral pada syawal kedua tahun yang sama selepas adik perempuan saya menyiarkannya di Instagramnya. Jadi kali pertama ia viral, netizen mula bash kami tapi kami tak hiraukan mereka dan tidak lama lepas tu, isu itu makin senyap. Saya rasa setiap tahun ada orang kongsi foto ini tapi tidak sebesar seperti kali pertama, tapi tahun ini lebih kecoh berbanding tahun sebelumnya.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kami mempunyai rottweiler di kampung untuk tujuan menjaga rumah. Ibu bapa saya tinggal bersendirian, kami semua tidak berada di kampung dengan mereka. 

Ayah saya sebelum ini pasang penggera perimeter dan CCTV namun kecurian masih berlaku, dan rakaman CCTV yang ditunjukkan kepada polis tidak membantu. Jadi ayah saya memutuskan untuk mendapatkan rottweiler, dan kecurian tak lagi berlaku.

Jadi kami ada sebab kami sendiri, orang akan mengata apa saja yang mereka nak dan sebenarnya susah untuk yakinkan orang ramai. Tapi tak mengapa kerana kami percaya Allah tahu. Sebab itulah kami hanya diam dan abaikan segala-galanya, tak ada gunanya cuba meyakinkan orang. 

Rottweiler dalam foto bernama Dino, sebenarnya tak lagi dengan kami, dia berkhidmat dengan baik. Kini kami ada rottweiler baru di rumah bernama David dan kami sayang dia sama seperti Dino.

Arwah datuk saya adalah seorang Cina Muslim, dia mempunyai anjing ketika saya sangat kecil tapi bila anjing itu mati, dia sudah tak membela anjing lain. Jadi kami semua tidak biasa mempunyai anjing kecuali ayah saya. 

Kami semua pencinta kucing, jadi apabila saya tahu berkenaan acara IWTTAD saya membawa anak-anak saya bersama supaya mereka tidak jadi seperti saya dan kami dapat banyak input semasa acara tersebut. Sekarang, saya ada beri makan anjing-anjing liar dan tidak takut kepada mereka seperti sebelumnya.

Saya rasa itu saja, terima kasih sekali lagi kerana cuba untuk hubungi kami. Ia mungkin tak sesuai untuk semua menerima tentang perkara ini. Bagi saya, ia sesuatu yang indah.


Terima kasih kerana memberi saya peluang berkongsi cerita ini. Semoga Allah memberkati kamu semua.
loading...

Popular post :