Labels

Saturday, 9 September 2017

2 orang yang hilang dtemui mati lemas.



LAHAD DATU: Dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Sungai Hutan Simpan Ulu Segama, dekat sini kelmarin, ditemui mati lemas pada pagi Khamis.

Mayat pertama, Ansar,20, ditemui pada jarak 250 meter dari lokasi kejadian kira-kira pukul 8.01 pagi, manakala rakannya, Agus, 24, dijumpai pada pukul 10.47 pagi pada jarak kira-kira 3 kilometer.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, kedua-dua mangsa telah ditemui oleh penduduk kampung yang turut terlibat sama menyertai Gerakan Operasi dan Menyelamat.

“Operasi pagi tadi juga turut melibatkan empat pegawai bomba Lahad Datu, enam orang Pasukan scuba bomba Tawau, Polis dan juga APMdisamping menggerakkan aset masing-masing bagi membantu operasi berkenaan,” katanya yang turut mengetuai operasi tersebut.

Tambah Apandi, mayat kedua-dua mangsa kemudiaannya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.55 pagi tadi,” katanya lagi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar memukat sejak Selasa lalu dikawasan berkenaan sebelum ahli keluarga mereka bertindak memaklumkan perkara tersebut pada pihak bomba.


No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :