Dua biji benih pokok bunga matahari telah disemai
sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.
Biji benih pertama berkata, “Aku mahu bercambah dan
tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah
sehingga melepasi kerak bumi.
"Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat
kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila
melihatku.”
Biji benih kedua pula berkata, “Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah.
Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan
menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak…! Aku
tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat.”
Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.
Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ayam ternampaklah biji benih tersebut dan dimakannya.

Sangat kasihan..
Maka, begitulah juga kehidupan kita sebagai seorang manusia. Beranilah menghadapi cabaran tanpa menunggu waktu sesuai, kerana kemungkinan ‘waktu sesuai’ itu tidak akan tiba.

Cabaran itu juga yang akan mematangkan cara kita
berfikir dan bertindak.
Jangan takut menambah iman di dalam hati, yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah kerana jika anda takut dan kecut, anda akan hancur dimakan zaman.
Buka hati dan minda anda, anda akan tahu potensi diri anda.

No comments:
Post a Comment