Di
Malaysia, terdapat banyak spesis tumbuhan liar yang mempunyai buah
yang unik
dan manis.
Ia
adalah penting untuk mengenal buah-buah daripada tumbuhan liar kerana sekiranya
tersesat di hutan, buah-buah ini akan membantu untuk mengurangkan kelaparan.
Malah,
serba sedikit mengurangkan perasaan ragu-ragu terhadap buah yang beracun. Di
bawah ini adalah beberapa jenis buah daripada tumbuhan liar.
1. Buah Kemunting
Buah kemunting atau nama lainnya ‘Melastoma Affine’.
Tumbuhan liar ini sering dianggap ‘Gulma’ iaitu tanaman penggangu kerana tumbuh lebih cepat mengalahkan tanaman yang dijaga.
Mempunyai rasa yang manis dan dan tidak bermusim.
Ia berbuah dengan banyak dalam satu batang dahan.
Ia bermanfaat sebagai antioksidan, rawatan diabetes, mengubati luka, dan membantu neutralkan racun.
2. Buah
Rambai
Buah
rambai ini mempunyai rasa yang manis-manis asam.
Buahnya
juga akan menjuntai ke bawah daripada dahan pokoknya.
Mempunyai
kulit lebih nipis daripada buah duku.
Boleh digunakan untuk
campuran masak ikan sebagai pengganti asam.
3. Buah Kelubi
Buah
kelubi ini hampir sama dengan buah salak, malah pokok dan bentuknya pun hampir
sama.
Namun
saiz buahnya lebih kecil daripada buah salak.
Ia
mempunyai rasa yang masam. Sebab itulah ianya disukai oleh kaum perempuan
kerana ia boleh dijadikan makanan yang berasaskan masam dan masin.
Ia juga boleh dibuat
jeruk.
4. Buah
Rumbia
Buah
rumbia ini boleh didapati di pokok sagu.
Buahnya
juga kelihatan seperti buah salak namun sisiknya lebih besar.
Rasanya
sedikit kelat, dan apabila matang atau masak, rasanya akan timbl sedikit manis.
Sesuai untuk dibuat
jeruk atau makan berasaskan makanan masin.
No comments:
Post a Comment