Nur Izaty Syafinaz |
SUNGAI PETANI: Identiti
seorang daripada mangsa yang terlibat dalam kemalangan kereta merempuh van
kilang di Kilometer 68, Jalan Alor Setar/Butterworth, Sungai Petani, dekat sini
pagi tadi, sudah dikenal pasti.
Pekerja kilang yang juga
penumpang van, Nur Izaty Syafinaz Zamri, 20, disahkan meninggal dunia di tempat
kejadian akibat cedera parah.
Identiti mangsa kedua yang
maut iaitu pemandu Perodua Myvi belum dikenal pasti setakat jam 12.30 tengah
hari ini.
Pemandu van yang cedera
parah dikenali sebagai Rizal Zul Idzaham Mohd Ridzuan, 30-an.
Ketua Polis Daerah Kuala
Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, berkata dalam kejadian kira-kira
jam 6 pagi itu, van terbabit dari arah Sungai Petani manakala kereta yang
membawa seorang penumpang dari Tikam Batu.
Beliau berkata, selepas van
yang dinaiki 14 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan ke sebuah kilang di
Kawasan Perindustrian Prai sebelum dirempuh Myvi dari arah bertentangan.
"Seorang penumpang van
bersama pemandu Myvi maut di tempat kejadian manakala pemandu serta 12
penumpang van dan penumpang kereta menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul
Halim (HSAH).
"Kes disiasat mengikut
Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih
dijalankan, " katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Akibat rempuhan kuat, van
terbabit dipercayai berpusing beberapa kali hingga menyebabkan semua penumpang
tercampak ke atas jalan.
Berikutan itu, seorang
mangsa dipercayai terperosok ke bawah Myvi terbabit manakala pemandu dan
penumpang kereta tersepit di tempat duduk.
Jurucakap Jabatan Bomba dan
Penyelamat Tikam Batu, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.01 pagi
sebelum bergegas ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba, kami
dapati semua penumpang van tercampak di jalan manakala pemandu van dan kereta
tersepit di tempat duduk.
"Semua yang tersepit
segera dikeluarkan manakala mangsa maut dan cedera dibawa ke Hospital Sultan
Abdul Halim (HSAH), " katanya.
Sumber: Berita Harian.
No comments:
Post a Comment