Labels

Monday 27 November 2017

ELYANA Mengumumkan Menghidap Kanser Tahap 4 Dalam Gegar Vaganza 4


Pelakon dan penyanyi, Erneelya Elyana Emrizal, 30, membuat kejutan sebaik sahaja namanya diumumkan tersingkir dari program Gegar Vaganza musim keempat, dia mengumumkan bahawa dia telah menghidap kanser limfoma tahap empat.

"Setiap hari saya takut nak tidur sebab saya takut tak jumpa anak saya esok pagi."
Begitulah luahan penyanyi bernama Elyana yang sangat terkenal dengan drama Dunia Baru di TV3 satu ketika dulu.

Dalam satu temubual, Elyana memberitahu dia telah disahkan menghidap kanser tahap dua sejak 7 tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah.


"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

"Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain," katanya.

Elyana memberitahu, dia mengalami fobia untuk tidur malam sejak mendapat tahu dia menghidapi kanser sehinggalah ke hari ini.




"Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari," kata Elyana.

"Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur.

Sejak akhir-akhir ini, sering memuatnaik status murung di akaun Instagram miliknya.
Malah, orang ramai terkejut apabila dia memuat naik gambar dua kotak set pelengkap jenazah di laman Instagramnya itu.


Apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, Elyana menjawab bahawa kelengkapan jenazah itu memang perlu ada di rumahnya dan ia adalah untuk persediaan buat diri dan keluarganya.

1 comment:

  1. Why the History of Slots is a Casino - Oklahoma State
    The Slot machine 화이트 벳 is 텍사스홀덤 one of 1xbetonline the most popular games that is played in casinos in the U.S. It is based on numbers 토토 사이트 and symbols in the 토찾사 casino's game

    ReplyDelete

loading...

Popular post :