Labels

Wednesday, 9 May 2018

Kenapa Dakwat yang Digunakan ketika Pilihanraya Pada Jari Semakin Gelap. Ini Penjelasannya.




Tahukah anda, jari yang bercelup dengan ink ni tak akan dapat dicuci dengan air, makeup remover, cuka, ataupun sabun.

Biasanya dakwat yang digunakan ketika pilihanraya menggunakan dakwat kekal atau dipanggil sebagai ‘indelible ink’. Dakwat kekal ni istimewa disebabkan adanya ‘silver nitrate’.

‘Silver nitrate’ ni dalam bentuk larutan yang memberikan kesan pada kulit bertukar jadi warna biru atau ungu gelap (lebih kepada hitam).

Dengan adanya silver nitrate ini, ink memang tidak akan pudar sedikit pun sehinggalah 2 atau 3 hari barulah hilang.

Ini disebabkan warna ink tersebut bukan hanya di permukaan jari sahaja, ia juga terperangkap dalam sel kulit kita.

Namun, tidak perlu risau, walaupun ianya terperangkap dalam sel kulit, ianya tidak akan dibawa ke dalam sistem tubuh yang lain.

Pihak JAKIM juga mengesahkan bahawa ia adalah sah untuk dibawa solat.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :