Labels

Monday, 3 July 2017

Penjelasan daripada keluarga yang memuat naik gambar raya pegang anjing



Viral kini ada berkenaan dengan sebuah gambar 'unik' telah dikongsikan di laman Facebook (FB) dan ia menarik perhatian netizen sehingga menjadi tular. Gambar 'luar biasa' itu memaparkan sebuah keluarga bahagia lengkap menggayakan baju raya bergambar dengan seekor anjing. Lebih menarik perhatian apabila dua daripada ahli keluarga terbabit dilihat memegang dan membelai haiwan itu.


Sebenarnya gambar tersebut telah pun menjadi viral sebelum ini dan keluarga tersebut hanya mendiamkan diri dan enggan melayan karenah dan kecaman dari netizen. Namun ianya menarik perhatian aktivis terkenal Syed Azmi. Beliau cuba mendapatkan komen dari ahli keluarga tersebut dan ini apa yang boleh dikongsi supaya netizen semua jelas dengan keadaan tersebut. 


Hello Assalammualaikum Syed Azmi, keluarga saya berterima kasih kerana hormat privasi kami dengan meminta izin terlebih dulu sebelum berkongsi gambar raya kami. Mereka cakap ok, tetapi ada beberapa perkara yang awak kena tahu, gambar raya ini diambil pada tahun 2014.
Ia viral pada syawal kedua tahun yang sama selepas adik perempuan saya menyiarkannya di Instagramnya. Jadi kali pertama ia viral, netizen mula bash kami tapi kami tak hiraukan mereka dan tidak lama lepas tu, isu itu makin senyap. Saya rasa setiap tahun ada orang kongsi foto ini tapi tidak sebesar seperti kali pertama, tapi tahun ini lebih kecoh berbanding tahun sebelumnya.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kami mempunyai rottweiler di kampung untuk tujuan menjaga rumah. Ibu bapa saya tinggal bersendirian, kami semua tidak berada di kampung dengan mereka. 

Ayah saya sebelum ini pasang penggera perimeter dan CCTV namun kecurian masih berlaku, dan rakaman CCTV yang ditunjukkan kepada polis tidak membantu. Jadi ayah saya memutuskan untuk mendapatkan rottweiler, dan kecurian tak lagi berlaku.

Jadi kami ada sebab kami sendiri, orang akan mengata apa saja yang mereka nak dan sebenarnya susah untuk yakinkan orang ramai. Tapi tak mengapa kerana kami percaya Allah tahu. Sebab itulah kami hanya diam dan abaikan segala-galanya, tak ada gunanya cuba meyakinkan orang. 

Rottweiler dalam foto bernama Dino, sebenarnya tak lagi dengan kami, dia berkhidmat dengan baik. Kini kami ada rottweiler baru di rumah bernama David dan kami sayang dia sama seperti Dino.

Arwah datuk saya adalah seorang Cina Muslim, dia mempunyai anjing ketika saya sangat kecil tapi bila anjing itu mati, dia sudah tak membela anjing lain. Jadi kami semua tidak biasa mempunyai anjing kecuali ayah saya. 

Kami semua pencinta kucing, jadi apabila saya tahu berkenaan acara IWTTAD saya membawa anak-anak saya bersama supaya mereka tidak jadi seperti saya dan kami dapat banyak input semasa acara tersebut. Sekarang, saya ada beri makan anjing-anjing liar dan tidak takut kepada mereka seperti sebelumnya.

Saya rasa itu saja, terima kasih sekali lagi kerana cuba untuk hubungi kami. Ia mungkin tak sesuai untuk semua menerima tentang perkara ini. Bagi saya, ia sesuatu yang indah.


Terima kasih kerana memberi saya peluang berkongsi cerita ini. Semoga Allah memberkati kamu semua.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :