Labels

Friday, 21 July 2017

Remaja menghadapi risiko maut ketika tidur

Derbyshire memerlukan mesin pernafasan ketika tidur

London: Setiap orang memerlukan tidur untuk merehatkan badan dan membaiki fungsi tubuh tetapi bagi seorang remaja di sini, tidur mungkin boleh meragut nyawanya.
Liam Derbyshire dilahirkan dengan sejenis penyakit yang sangat jarang ditemui yang menyebabkan dia berhenti bernafas setiap kali dia tertidur.
Ketika dilahirkan, doktor memberitahu, bayi itu mungkin mampu hidup selama enam minggu sahaja namun Derbyshire mencipta keajaiban dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 tidak lama lagi.
Derbyshire mengalami satu keadaan dikenali sebagai central hypoventilation atau ‘Sumpahan Ondine’ dan dianggarkan seramai 1,500 orang di seluruh dunia menghidapnya.
Penyakit itu menghalang pesakit mendapat tidur dengan lena untuk membaiki tubuh tetapi keadaan Derbyshire adalah yang paling ekstrem.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :