Gambar Hiasan |
New Delhi: Seorang isteri berjaya menceraikan suaminya selepas mahkamah
memutuskan ketiadaan tandas di rumah mereka satu ‘kekejaman terhadap wanita.’
Wanita berkenaan yang berkahwin pada 2011 merayu mentuanya membina
tandas di dalam rumah mereka kerana tidak tahan terpaksa keluar ke padang
setiap kali mahu membuang air.
Bagaimanapun, permintaannya langsung tidak diendahkan menyebabkan wanita
itu akhirnya pulang ke rumah ibu bapanya, dua tahun lalu dan memfailkan cerai.
Susulan itu, Mahkamah Keluarga di Bhilawara, Rajasthan, memutuskan
perbuatan mentuanya itu satu kekejaman kerana menyebabkan penyeksaan mental
terhadap wanita terbabit.
Hakim Rajendra Sharma menyelar amalan ketiadaan tandas seperti itu
sebagai penyakit masyarakat dan memalukan pada abad ke-21 ini.
“Pelik apabila orang tiada masalah berbelanja membeli arak, rokok atau
telefon bimbit tetapi bukan untuk membina tandas di dalam rumah,” katanya.
No comments:
Post a Comment