Tertuduh yang dibawa ke Mahkamah untuk perbicaraan. |
Putrajaya: Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap
Kanak-Kanak hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan
terhadap seorang bapa berusia 36 tahun itu selepas mengaku merogol, meliwat dan
penganiayaan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu.
Hakim Yong Zarida kemudiannya memerintahkan
tertuduh menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan,
menjalani kaunseling pemulihan selama 10 tahun dan mengikuti pengawasan polis
selama tiga tahun selepas keluar dari penjara.
Tertuduh didakwa atas 623 kesalahan termasuk satu kes
rogol, 591 kesalahan liwat dan 30 tuduhan melakukan seksual fizikal terhadap
anak dan satu kes penganiayaan seksual.
Lebih mengejutkan, tertuduh turut
didakwa meliwat anak gadisnya itu sepanjang Ramadhan lalu termasuk 1 Syawal dan
hanya berehat 2 hari sebelum Ramadhan itu.
Pada 9 dan 10 Ogos lalu, tertuduh
mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan
jurubahasa.
Bagaimanapun, tertuduh menukar
pengakuannya pada 28 Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment