Nokia 8, keluaran oleh HMD Global. |
HMD Global, pemilik jenama telefon
Nokia cuba menampilkan satu lagi model, Nokia 8 yang mampu merakam video dan foto serentak menggunakan
kamera depan belakang.
Ia menggunakan dwi kamera dan kamera
depan beresolusi 13 megapiksel yang menghasilkan 'split-screen'.Bersesuaian
untuk rakaman “Live” di Facebook, pengguna boleh mengaktifkan kamera depan
belakang dengan lensa kamera jenis Zeiss.
Nokia 8 bersaiz 5.3 inci dengan
resolusi 2K QuadHD dan skrin Corning Gorilla 5.Ia akan didatangkan dengan
pemprosesan Qualcomm Snapdragon 835 octa core di samping RAM 4GB.
Selain storan 64GB, ia bakal
menggunakan sistem operasi terbaru Google iaitu Android O dengan bateri
berkapasiti 3090mAh.
Nokia 8 dijual pada harga RM2,299.
No comments:
Post a Comment