Labels

Tuesday, 5 September 2017

Bomoh rogol pesakit gadis berusia 20 tahun

Suspek dibawa keluar dari Mahkamah selepas sebutan kes baru-baru ini.

SIBU: Seorang bomoh warga Indonesia dituduh di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan merogol dan melakukan hubungan sulit dengan objek terhadap seorang wanita yang mendapatkan khidmatnya untuk rawatan sakit perut.

Tertuduh, Marhaji Madjiri, 29, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan itu dibaca kepadanya lagi.

Hakim Caroline Bee Jackson membebaskannya dengan ikat jamin sebanyak RM8000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan dia datang melaporkan diri sebulan sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(2) dan (F) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol anita berusia 20 tahun antara jam 11.30 malam dan 11.59 malam pada 21 Ogos di bilik rumah mangsa di Sibu Jaya.

Berdasarkan laporan sebelum ini, mangsa telah dirawat di hadapan ibu dan ibu saudaranya di sebuah bilik di rumah mangsa.

Bomoh terbabit kemudian meminta mangsa untuk mandi namun mangsa menolak pada mulanya, tetapi akhirnya terpaksa bersetuju kerana bimbang ibunya akan memarahinya.

Insiden itu dipercayai berlaku di dalam bilik mandi.

Tertuduh sebelum itu juga menghadapi tuduhan lain di Mahmakah Majistret di bawah Seksyen 377D Kanun yang sama kerana melakukan perbuatan tidak senonoh dan melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa.

Majistret Saifol Ayoti membebaskan tertuduh dengan ikat jamin sebanyak RM7000 dengan dua orang penjamin.

Saifol juga mengarahkan agar passport milik Marhaji ditahan dan mahkamah menetapkan 19 September untuk sebutan semula kes.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :