Imigran Amerika Latin yang masuk ke Amerika Syarikat melalui sempadan Mexico |
WASHINGTON: Keputusan Presiden
Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memansuhkan program pengampunan ke atas
800,000 imigran yang dibawa masuk ke negara itu ketika kanak-kanak (DACA)
mendapat bantahan pelbagai pihak.
Selain ahli perniagaan, kesatuan
sekerja, pemimpin agama dan pembangkang dari Parti Demokrat, keputusan itu
turut mendapat bantahan anggota Parti Republikan.
Kritikan itu timbul susulan tindakan
Trump memansuhkan perlindungan terhadap individu yang masuk ke AS ketika
berusia di bawah 16 tahun.
Kebanyakan mereka berasal dari
Amerika Latin dan ketika ini berusia dalam lingkungan 20-an.
Mereka diberi tempoh antara enam
hingga 24 bulan sebelum diisytiharkan sebagai pendatang tanpa izin, sekali gus
berpotensi dihantar pulang ke negara asal masing-masing.
"Ini adalah satu-satunya negara
yang saya tahu. Masa depan saya di sini.
"Saya tidak akan meninggalkannya
tanpa memberikan tentangan," kata pelajar jurusan sains komputer, Ivan
Ceja, 26, yang masuk ke AS ketika masih bayi.
No comments:
Post a Comment