Labels

Tuesday, 5 September 2017

Cara mengetahui seseorang suka kepada kita


Di saat kita menyedari ada seseorang suka dengan kita, tentu ini adalah saat-saat bahagia bagi kita. Namun, orang yang jatuh cinta dengan kita akan memendam saja perasaannya, dan memerlukan masa untuk meluahkan perasaannya terhadap kita. 
Untuk mengetahui seseorang jatuh cinta dengan kita, kita boleh lihat tanda-tanda daripada tingkah  lakunya secara langsung.
Fakta tentang seseorang yang sedang jatuh cinta dengan kita ialah, dia akan selalu berusaha untuk menunjukkan perasaannya dengan banyak cara, dan selalu berusaha agar pujaannya tersebut akan mengetahuinya namun tidak mampu untuk berterus terang kerana memerlukan masa.
Seseorang yang memiliki karakter pemalu dan pendiam memiliki kemampuan untuk menyembunyikan perasaan cintanya, sehingga hal ini sukar untuk dilihat.

Baginya, memberikan kesan bahawa ia sedang suka terhadap seseorang merupakan hal yang baru, sehingga akan selalu muncul tanda tanya baginya bila waktu yang tepat untuk menyatakan cintanya.

Umumnya, ciri ciri orang jatuh cinta boleh dilihat seperti di bawah:

1.   Seseorang itu terkadang sering senyum sendiri, namun ketika ada orang yang mengetahuinya, dia akan menghindar.

2.   Sering menulis, namun ketika orang yang dia sukai mengetahuinya, maka dia segera menukar topik.

3.   Sering memperhatikan wajah orang yang dia sukai, tapi jika ketahuan akan terus berpaling.

4.   Suka menolong dan memberikan perhatian yang lebih, walaupun hal-hal yang kecil. Contohnya, barang-barang kita terjatuh dan dia segera membantu mengutip barang, dan juga sentiasa bertanya khabar.

Daripada hal seperti di atas, kamu akan mengetahui bahawa ada orang yang tengah menaruh perasaannya terhadapmu, sekalipun dia belum pernah menyatakannya.
Hal ini tentu saja akan menjadi sebuah kenangan yang sangat terindah bagi kita kerana menjadi orang yang dicintai. Namun jika kita merasa risih akan hal ini, maka akan menimbulkan sebuah rasa bersalah sehingga ingin menjauh darinya.



No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :