Tiga orang perompak
lelaki telah tersesat dan masuk ke dalam satu perkampungan orang asli yang suka
makan daging manusia. Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya
membunuh ketiga-tiga perompak itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun
merayu dgn sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.
Oleh kerana mereka
merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka
dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari
jenis yang sama. “Ah.. nie simple punya keje”.. kata mereka dalam hati.
Maka mereka pun
berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh
beberapa lelaki dari puak tersebut.
Lelaki yang pertama
keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak
buahnya, ” Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan
bunyi, bunuh dia!” Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki
malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia
pun dibunuh.
Kemudian lelaki
kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan
tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan
sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa.
Maka dia pun dibunuh.
Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang
yang kedua. “Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?” tanya roh
pertama. Jawab roh yang kedua, “Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan
membawa 10 biji buah durian!!”
No comments:
Post a Comment