Remaja lelaki memukul ibunya sendiri. |
AMPANG JAYA: Soerang remaja lelaki tergamak untuk memukul ibunya
sendiri hanya kerana mahukan wang belanja sekolah.
Remaja lelaki yang berusia 15 tahun itu mendapat kecaman hebat
daripada orang ramai selepas rakaman video memukul ibunya itu menjadi viral di
media sosial.
Menerusi rakaman video tempoh 43 saat itu, menunjukkan remaja
lelaki itu memukul ibunya berulang kali dan dilihat belum sempat memakai seluar
sambil menghambur kata-kata kesat kepada ibunya. Remaja lelaki itu mahukan
semua wang yang ada dalam beg milik ibunya.
Remaja tersebut mengugut mahu memukul lagi walaupun diberitahu
wanita itu tidak mempunya wang. Wang yang ada hanya untuk digunaka pergi kerja.
Bapa remaja lelaki tersebut yang berusia 39 tahun, bekerja
sebagai penjaga kuda yang menerima rakaman video itu daripada anak perempuannya
kemudiannya membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias
mengesahkan menerima laporan berkata, "Kejadian kira-kira jam 7.20 pagi
semalam. Pengadu kemudian memberikan video itu kepada guru sekolah anaknya
dengan niat supaya guru terbabit dapat menasihati anak lelakinya.
"Tidak lama selepas itu, pengadu menerima banyak panggilan
daripada saudara mara yang bertanyakan mengenai video terbabit berikutan ia
sudah viral di Facebook, dipercayai dimuat naik seorang individu menggunakan
nama 'Jejaka Sereng'.
"Pengadu membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan
diri, keluarga serta anak lelakinya. Pengadu dan isteri juga enggan tindakan
diambil terhadap beliau atau mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, wanita terbabit tidak cedera dalam kejadian itu.
Hamzah berkata, pihaknya sudah merakam keterangan dua beranak
itu dan ujian air kencing yang dilakukan terhadap remaja lelaki itu mendapati
negatif dadah.
Dalam pada itu, carian BH mendapati, individu yang didakwa
menyebarkan video mengemukakan memohon maaf terhadap keluarga remaja terbabit.
Dia menerusi satu entri di akaun Facebook, 'Jejaka Sereng' turut
mengakui kesilapannya dan memberitahu tidak berniat untuk memburukkan sesiapa.
No comments:
Post a Comment