Keadaan gunung berapi yang akan meletus pada bila-bila masa. |
Klungkung: Sebuah gunung berapi di pulau pelancongan Bali, Indonesia didapati
semakin aktif dan mungkin akan meletus pada bila-bila. Seramai 35,000 orang
telah dipindahkan dari kawasan gunung itu.
Larangan zon lingkungan 12 kilometer
telah dilaksanakan dari sekitar kawah Gunung Agung itu. Gegaran juga dirasai di
sekitar pergunungan itu akibat aktiviti gunung yang semakin mneingkat.
"Analisis terbaru
menunjukkan tenaga seismik Gunung Agung meningkat dan berpotensi untuk meletus.
"Bagaimanapun, tiada seorang
pun dapat meramalkan bila sebenarnya letusan berlaku," kata Pusat Gunung
Berapi Nasional dalam satu kenyataan.
Penerbangan di lapangan terbang
antarabangsa Bali dan juga kawasan peloancongan lain beroperasi seperti biasa.
Ribuan penduduk yang dipindahkan
itu ditempatkan di pusat perlindungan sementara seperti dewan bandaraya, gymnasium
sekolah dan perkhemahan jauh dari sekitar gunung berapi itu. Jumlah penduduk itu
dijangkakan akan bertambah.
"Cabaran terbesar ialah,
kami tidak dapat meramalkan jumlah penduduk yang bakal berpindah. Jika
jumlahnya melebihi keupayaan maksimum, kami meminta setiap dewan awam di daerah
berkenaan disediakan untuk menjadi kem pemindahan," kata Ketua Agensi
Pengurusan Bencana Tempatan, Putu Widiada di daerah ini.
Pusat itu akan dibekalkan
makanan, air, selimut dan khemah. Agensi Pengurusan Bencana Nasional juga sudah
menghantar makanan dan logistic ke kawasan itu sambil menggesa sumbangan orang
awam.
No comments:
Post a Comment