“Kenapa tak boleh minum? Orang Jepun mabuk pun
maju”, kata Siti Kassim, seorang wanita yang sering mencetuskan kemarahan orang
ramai dengan membuat kenyataan ‘kurang cerdik' tentang ajaran Islam.
Wanita ini sering membuat kontroversi dengan
menyuarakan isu-isu hak LGBT, dan beberapa tahun lalu dia pernah mempertikaikan
kewujudan Tuhan.
Isu terkini yang dibangkitkan adalah mengenai hukum
meminum arak yang dicetuskan melalui akaun facebooknya, sekali lagi menerima
kecaman daripada orang ramai selepas memuat naik kenyataannya itu.
Sewaktu lawatan Siti di Shibuya, Tokyo yang
terdapat ratusan tong arak, dia beranggapan bahawa rakyat disana lebih
produktif biarpun alcohol tidak diharamkan.
“Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi
masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa paling produktif di
dunia. “Ini semua hanyalah kawalan diri dan bukannya mengenai moral
seseorang kepada individu lain. “Ajarlah orang ramai mengenai hormat dan
pemahaman sejagat mengenai hak dan salah, maka anda akan mempunyai negara
produktif,” katanya.
Wanita itu kini menerima kecaman hebat daripada
orang ramai dan banyak yang menganggap wanita itu sudah hilang pedoman sehingga
ada netizen yang melabelkannya ‘wanita neraka’. Kenyataan itu seakan memerli
pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017”.
Dalam kenyataan wanita itu, ada pengguna facebook
yang membantah dengan pendirian wanita itu, namun ada juga segelintir yang
menyokong tindakan wanita ‘bijak’ itu. Hal yang menyedihkan, rata-rata yang
menyokong wanita itu adalah beragama Islam.
No comments:
Post a Comment