Labels

Monday, 4 September 2017

Isteri duduk bonet kereta sejauh ratus meter

Isteri enggan turun.


MERAJUK dengan suami selepas bergaduh, seorang wanita di utara China, enggan turun dari atas bonet kereta suaminya walaupun lelaki itu kemudiannya memandu kereta berkenaan.

Menurut laporan People's Daily Online, dalam kejadian di Xianyang, wilayah Shaanxi, 1 September lalu, wanita berkenaan duduk di atas bonet kereta berkenaan dalam usahanya menghalang suaminya daripada keluar dari rumah.

Menurut laporan itu, lelaki berkenaan memandu kereta itu sejauh beberapa ratus meter sebelum berhenti.

Siasatan polis mendapati lelaki berkenaan dikenali sebagai Zhao, bergaduh dengan isterinya mengenai masalah keluarga.

Isterinya yang cuba menghalang Zhaio daripada keluar rumah, duduk di atas bonet kereta namun lelaki itu tidak menghiraukannya.

Polis mengenakan saman 200 yuan (£23.70) terhadap Zhao bersama dua mata penalti.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :