Labels

Wednesday, 13 September 2017

Kegiatan perkhidmatan warga Thailand di Penampang diketahui.

Pemeriksaan dokumen wanita tersebut.


Penampang: Polis telah menyerbu sebuah bilik hotel di Beverlly Hills, Jalan Bundusan, Penampang malam tadi dan menahan dua pelacur Thailand.

Dalam serbuan kira-kira 10 malam itu, kedua-dua wanita berusia masing-masing 20 tahun ditemui dalam keadaan hanya memakai tuala bersama pasangan masing-masing.

Difahamkan, suspek terbabit menawarkan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat dengan bayaran RM200 bagi setiap khidmat seks yang ditawarkan.

Suspek dipercayai menjalankan kegiatan itu sejak 30 Ogos lalu.

Serbuan oleh polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah turut menemui beberapa kondom yang digunakan serta wang tunai.

Operasi diketuai oleh Pegawai serbuan D7 IPK Sabah Inspektor Hasryman Osman bersama seramai lapan anggota polis.



Artikel : 14/09/2017.


No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :