Keadaan rumah yang marak terbakar. |
Semasa kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, seorang saksi terdengar jeritan orang meminta tolong ketika kebakaran.
Saksi kejadian iaitu Shahirman Shahril, 39, berkata,
“Saya dikejutkan dalam 5 pagi ialah terdengar teriakan orang menjerit,
terbakar. Jadi, ramai kekawan usaha bantu. Suasana masih gelap. Api marak. Kami
usaha bantu.”
“Ada dua atau tiga pelajar tahfiz yang kami minta supaya terjun. Tapi,
yang terjun semua melecur. Kami tak dapat bantu banyak kerana api marak.
“Ada beberapa kawan jiran nak naik tingkat atas. Tapi, sampai tingkat
aje sebab api terlalu marak. Ketika itu, kami difahamkan ramai yang
terperangkap.”
“Ada menangis, menjerit, kepanasan, tolong abang, tolong abang.”
“Berdasarkan laporan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pelan kedudukan
pusat tahfiz tersebut belum lulus kerana tidak mengikut spesifikasi
keselamatan,“ kata menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan.
Tambahnya lagi, “Saya
dimaklumkan, 22 pelajar dan dua warden maut dalam kejadian ini. Ketika meninjau
lokasi kejadian, saya nampak mayat kanak- kanak itu dalam keadaan berhimpit dua
penjuru asrama.
"Mereka dipercayai gagal keluar berikutan api sudah marak dan hanya
satu pintu manakala semua gril tingkap pula dikunci, " katanya ketika
ditemui di lokasi kejadian.
Polis dan forensik akan menyegerakan semua urusan untuk permudahkan
urusan pengebumian.
No comments:
Post a Comment