Bagi mereka yang ingin mencari lokasi percutian dan inginkan pemandangan cantik, terdapat sebuah tempat yang di kelilingi alam semula jadi dengan suhu sekitar 18 darjah celcius menjadikan tempat ini sebagai tarikan pelancongan yang unik.
Berikut adalah antara gambar-gambar keindahan resort yang diambil di pusat peranginan tersebut:
Pusat peranginan
ini dikenali sebagai Borneo Highland Resort yang terletak di Jalan Borneo,
Padawan, Sarawak.
Hanya mengambil masa
sejam pemanduan dari bandar raya Kuching, resort ini menjanjikan syurga
ketenangan kepada mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota,
selain menawarkan pakej lengkap untuk mengadakan retreat atau wacana harmoni,
majlis perkahwinan, program bina diri dan lain-lain aktiviti.
Bagi ‘kaki’ golf
pula, BHR menyediakan padang golf Hornbill Golf & Jungle Club 18 lubang
yang memberikan keseronokan ibarat bermain di atas awangan kerana
persekitarannya yang diliputi kabus dan kehijauan hutan yang mempesonakan.
Menurut Pengurus
(Pentadbiran dan Operasi) BHR, Muhammad Syafiq Nair, resort tersebut
menyediakan segala kemudahan yang dapat memenuhi pelbagai aktiviti dan program
mengikut selera pelanggan seperti pakej fotografi, perkahwinan, berbulan madu
dan retreat syarikat.
Katanya, BHR
menyediakan suasana damai dengan udara segar dan sejuk dikelilingi hutan yang
menyediakan pemandangan indah kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment