Di Malaysia dan negara-negara Asia yang lain, kebanyakan
gadis-gadisnya mengamalkan trend memakai pendakap gigi atau braces bertujuan
untuk mendapatkan gigi yang rata.
Namun berbeza pula halnya di Jepun, di mana gadis-gadis Jepun
sanggup mendapatkan rawatan memasang gigi taring atau lebih dikenali sebagai Yaeba Teeth.
Lebih mengejutkan lagi, kos memasang gigi taring ini agak
mahal. Kos yang dikenakan adalah dalam $390 atau (RM1,670). Terdapat juga gigi
taring palsu akan tetapi ia tidak bertahan lama.
Bagi masyarakat Jepun, trend gadis bergigi taring menunjukkan
gadis tersebut adalah gadis paling comel. Memiliki gigi taring juga adalah satu
kelebihan iaitu membuatkan senyuman lebih menawan, nampak cantik, kelihatan
muda dan comel.
Gigi taring ini terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan
gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan
ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.
Fenomena itu sebenarnya dicetuskan oleh beberapa kumpulan
Pop dan selebriti Jepun yang membuatkan imej gigi berlapis itu popular di
Jepun.
Wanita Jepun dari
segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu
sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal
mereka.
Lelaki Jepun
beranggapan bahawa gadis bergigi taring ini adalah yang paling comel di negara Jepun itu.
No comments:
Post a Comment