Ayam atau telur dahulu wujud? |
‘Adakah
ayam atau telur yang wujud terlebih dahulu?’ Inilah persoalan yang telah timbul
kepada manusia sejak berabad-abad lama.
Walaupun
manusia cuba mencari jawapan namun ia masih tergantung tanpa jawapan pasti.
Terdapat
juga jawapan mengatakan telur yang dahulu wujud di dunia ini dan ada yang
mengatakan ayam dahulu wujud, namun jawapan itu diberikan tanpa sebarang bukti
ilmiah dan hanya berdasarkan logik akal.
Sejak sekian lama ia telah menjadi satu teka-teki misteri kepada manusia, kini
persoalan itu akhirnya terjawab apabila sekumpulan saintis dari Eropah yang
diketuai oleh Dr Colin Freeman dikatakan telah berjaya mengungkai teka-teki
berkenaan melalui pemerhatian saintifik.
Jawapan yang diberikan ialah, ayam terlebih dahulu wujud di dunia ini.
Berdasarkan kajian yang dilakukan, para penyelidik itu mendapati, pembentukan
kulit telur bergantung kepada satu protein yang hanya boleh ditemui pada indung
telur ayam.
Protein yang dikenali sebagai Ovocledidin -17 (0C-17) itu berfungsi sebagai
'katalis' untuk mempercepatkan pembentukan kulit telur. Dalam erti kata lain,
telur hanya boleh wujud jika berada di dalam ayam.
Secara biologinya, cangkerang keras kulit telur adalah penting untuk memelihara
kestabilan telur kuning dan telur putih. Justeru, pengkaji-pengkaji dari
University of Sheffield, United Kingdom telah melakukan pemerhatian mendalam
bagi mencari jawapan bagaimana pembentukan kulit telur berlaku.
Dengan menggunakan komputer berteknologi tinggi, para penyelidik cuba untuk
mellhat sendiri proses pembentukan kulit telur ayam secara semula jadi.
Melalui sistem komputer yang dikenali sebagai HECTOR, saintis mendapati
kewujudan protein OC-17 adalah penting dalam memulakan 'kritalisasi' atau tahap
awal penciptaan kulit telur.
Protein tersebut akan mengubah kakium karboThat menjadi Kristal kalsit yang
membe.ntuk kulit telur. Sebagai perbandingan, Kristal kalsit ini juga
sebenarnya wujud di dalam tulang dan tempurung, namun ianya terbentuk lebih
cepat di dalam ayam.
Dalam setiap pusingan 24 jam, ayam mampu untuk menghasilkan enam gram kulit
telur.
Menurut Dr. Colin, jika sebelum ini ada pihak yang menganggap kewujudan telur
mendahului ayam, ternyata pembuktian saintifik telah memberikan jawapan
sebaliknya. Melalui pemerhatian secara jeli, saintis dapat melihat sendiri
bagaimana protein tersebut memainkan peranan penting dalam proses pembentukan
kulit telur ayam.
Justeru, ia secara sahih telah memberikan jawapan bahawa telur tidak mungkin
wujud dengan sendiri tanpa bantuan protein yang terdapat di dalam tubuh seekor
ayam.
Menurut Dr. Colin lagi, dengan memahami cara seekor ayam membuat kulit telur,
ia bukan sekadar untuk memberikan jawapan kepada teka-teki yang menjadi misteri
selama ini, tetapi secara tidak langsung turut memberi petunjuk tentang suatu
bahan baru kepada manusia.
Penemuan bersejarah itu telah diterbitkan dalam jurnal saintifik yang bertajuk
'Structural Control of Crystal Nuclei by an Eggshell Protein'.
Jika ayam dikatakan terlebih dahulu wujud daripada telur, maka dari mana pula
ayam berasal?
No comments:
Post a Comment