Kisah
1
Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang
suami isteri yang sedang nyenyak tidur.
Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata
tajam ke arah si isteri..
Perompak : Sebelum kamu mati ku bunuh, sebutkan namamu!
Isteri : Na… nama sa….
Saya Aisyah.
Perompak : Aisyah? Nampaknya sama dengan nama ibuku.
Aku tidak
boleh membunuhmu.
Lalu perompak itu berjalan mendekati si suami sambil
mengacukan senjatanya dan dia berkata…
Perompak : Sebutkan namamu! Aku mesti tahu nama setiap
orang yang
menjadi korbanku..!
Suami : Namaku Irwan tapi…… semua orang memanggilku
Aisyah..
Kisah
2
Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung, ada satu
alat pengukur berat badan yang cukup canggih.
Hanya dengan membayar RM1.00, kita akan diberitahu
berapa berat badan kita oleh program computer.
Seorang gadis dan temannya mencubanya di tengah kerumunan
orang. Setelah memasukkan wang RM1.00, mesin komputer menjawab: 47kg!
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin computer menjawab:
52kg!
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup
gemuk dan montel cuba untuk menimbang dirinya di mesin itu.
Setelah memasukkan wang RM1.00, mesin komputer mengeluarkan
jawapan: Tolong naik sorang-sorang…
Jangan ramai-ramai….
Kisah
3
Jamal pergi ke kedai untuk membeli telur yang dipesan
oleh ibunya. Ketika berada di tepi jalan, tiba-tiba ada dua buah kereta
berlanggar di hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan
ambulans tiba.
Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan
terlupa membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu
kepada ibunya.
“Dahsyat
Bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus,
kepala pecah dan perut terburai” kata Jamal.
Ibunya tiba-tiba mencelah, “Telurnya mana?”
Jamal menjawab, “Err…Mal
tak tau pulak ke mana tercampaknya!”
Kisah
4
Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli durian… lalu
dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.
Samdol : Bang,
harga durian ini berapa?
Orang Asli : Yang
ini, sepopit sebiji.
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang
asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Samdol
buat-buat tahu dan cuba menawarinya.
Samdol : Bang….
Boleh kurang sikit tak?
Orang Asli :
Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol :
Lahupa…..boleh ya?
Orang Asli : Lahupa
itu berapa?
Samdol :
Cakap dulu… sepopit tu berapa?
Kisah
5
Terdapat 3 orang gila yang mengambil ujian perlepasan
hospital.
Lalu doktor itu
bertanya kepada orang gila yang pertama, “Apa
yang kau mahu bawa jika berada di gurun?” Orang gila itu menjawab “payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh”. Lalu orang gila itu
dilepaskan.
Doktor itu bertanya soalan yang sama kepada orang gila
kedua, lalu dia menjawab ”Saya akan bawa
air, sebab kalau saya haus saya boleh minum.” Lalu orang gila itu
dilepaskan.
Doktor menujukan soalan yang sama kepada orang gila
ketiga, lalu dia menjawab “saya akan bawa
pintu kereta sebab kalau panas, saya boleh menurunkan cermin tingkap…” Lalu orang gila itu dimasukkan kembali ke
hospital.
Kisah
6
Ani : Mengapa
engkau menulis surat dengan warna hijau muda?
Ena : Surat warna
hijau muda itu bererti Aku Cinta Padamu.
Ani : Kalau
kertas warna Biru Muda itu apa ertinya?
Ena : itu
melambangkan suasana pilu.
Ani : Kalau
kertas warna Merah?
Ena : Asmara
yang membara.
Ani : Kalau
kertas yang warna Putih?
Ena : Suci,
bersih dan jujur.
Ani : Kalau
kertasnya Kuning?
Ena :
Melambangkan hatinya gersang.
Ani : Kalau
Merah Jambu?
Ena : Sedang
jatuh cinta.
Ani : Kalau
kelabu?
Ena :
Melambangkan hatinya yang sedih.
Ani : Kalau
kertasnya Hitam?
Ena : Itu
namanya kertas karbon…..bodoh!
No comments:
Post a Comment