Pemimpim- Kim Jong-Un memeriksa bom yang baru dibangunkan itu. |
Seoul: Korea Utara telah membangun
senjata nuklear pemusnah iaitu bom hidrogen. Senjata itu masih dalam peringkat
pemeriksaan, lapor agensi berita tempatan.
Pemimpinnya iaitu Kim Jong-un
dilaporkan memeriksa bom hidrogen yang dimuatkan bersama ICBM iaitu peluru
berpandu balistik rentas benua.
Bom hidrogen itu dikatakan boleh
dilaraskan kepada beberapa ratus kilo tan dan berupaya diletupkan pada
ketinggiaan maksimum.
Komponen senjata pemusnah itu adalah
ciptaan sendiri dan ia membolehkan mereka membangunkan seberapa banyak lagi
senjata nuklear yang diinginkan.
Gegaran yang dirasai Korea Utara |
Selepas bom hidrogen itu dibangunkan,
Korea Utara melancarkan ujian beberapa jam selepas mendakwa berjaya
membangunkan bom hidrogen itu.
Pusat Kajian geologi Amerika Syarikat
(USGS) melaporkan letupan perlombongan bermagnitud 5.1, iaitu kira-kira 24
kilometer di timur laut Sungjibageam, Korea Utara.
Gegaran turut dikesan pada
jam 12.36 tengah malam di wilayah Hamgyeong Utara.
No comments:
Post a Comment