Suami Yu menerima rawatan selepas cedera parah. |
China: Sekumpulan samseng telah
mencederakan seorang lelaki di Changsha, China apabila isterinya memberi ulasan
buruk terhadap makanan di sebuah restoran melalui talian.
Kejadian bermula apabila seorang wanita yang bernama Yu telah mengajak
rakan-rakannya untuk bermain mahjong di kelab mahjong miliknya.
Kemudian dia telah memesan ‘Barbeque’ melalui satu aplikasi penghantaran
makanan daripada sebuah restoran untuk menjamu rakan-rakannya.
Namun, rakan-rakannya tidak menyukai makanan itu kerana rasanya yang
kurang sedap dan tidak segar.
Sehari selepas itu, Yu telah memberi ulasan buruk terhadap restoran itu
melalui aplikasi tersebut mengatakan dia tidak pernah makan barbeku seteruk
itu.
Tidak lama kemudian, dia menerima satu panggilan telefon bertanya adakah
dia yang membuat ulasan buruk terhadap restoran itu, dan dia menjawab ya.
Pada malamnya pada hari yang sama, telah datang lebih kurang lapan
lelaki membawa kayu golf di kelab tersebut untuk menyerang Yu.
Suami Yu cuba membantu namun dipukul di kepala dan badan sehingga tidak
sedarkan diri.
Lelaki itu kini dirawat di unit rawatan rapi akibat kecederaan teruk di
kepala.
Sementara itu, polis berkata, pemilik restoran berkenaan mengaku
mengupah samseng untuk mengugut wanita itu kerana ulasannya menyebabkan
perniagaannya merosot.
No comments:
Post a Comment