Labels

Thursday, 14 September 2017

koleksi cerita lawak... ( ͡° ͜ʖ ͡°)




Lawak 1 :

Zura ternampak seorang pesakit jiwa bernama Lan Gila sedang tulis surat.
Zura :  Ko tulis surat kat sapa?
Lan Gila : Aku tulis surat untuk diri aku sendiri.
Zura : Jadi... apa yang ko tulis?
Lan Gila : Mana aku tau! Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca.
Zura : !@#$/^&*()**&*^

Lawak 2:

(Makan Semut)
Ketika memeriksa seorang pesakit ,Doktor mendapat panggilan telefon daripada seorang suri rumah. Suaranya begitu cemas dan kalut.
Suri rumah:Doktor! Doktor! Anak saya makan semut.!
Doktor :Tak apa, jangan cemas. Semut tidak berbahaya.
Suri rumah:Tapiiiii....saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor :Apa?????Cepat bawa dia ke hospital!

Lawak 3:

Tina, 8 tahun, di suruh oleh ibunya untuk menjaga adiknya yang sedang bermain, kerana ibunya sedang memasak.
Ketika sedang bermain, bayi adiknya itu memakan suratkhabar hampir habis 1 halaman. Tina sangat terjut dan takut
dimarahi oleh ibunya...
Tina : "Ibu.... Adik makan surat khabar sampai hampir habis!".
Ibu : "Apa?!"
Dengan terkejutnya dan sambil berlari.. si ibu merebut sisa suratkhabar yang ada. Lalu dengan senyum si ibu menjawab....
Ibu : "Emm.. biarkan lah dia.. ibu ingatkan suratkhabar hari ni..".

Lawak4:

(Polis Cerdik)
Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.
Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!
Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.
Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?

Lawak5:

(Hospital)
Setelah mendapat khabar kemalangan jalanraya yang menimpa suaminya, Tipah terus berkejar ke Hospital.
Tipah : Doktor, bagaimana keadaan suami saya?
Doktor : Siapa nama suami Puan?
Tipah : Err...Jiman Bin Seman, Doktor...
Doktor : Sebentar ye. Saya periksa fail pesakit nie. Hmmm, lukanya tak parah. Cuma calar-balar sikit di tubuhnya.
Tipah : Syukurlah...lukanya tak parah. Saya risau betul. Err...di mana suami saya, Doktor?
Doktor : Ada di bilik Mayat!
Tipah terus pengsan...




No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :