SOEUL: Amerika
Syarikat (AS) diberi amaran oleh Korea Utara kerana mengetuai resolusi Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengenakan sekatan ke atas negara
tersebut.
Washington mahu supaya lebih banyak sekatan dikenakan terhadap
Pyongyang susulan ujian nuklear yang dilakukan baru-baru ini.
Berdasarkan draf resolusi yang didedahkan kepada Reuters, AS
mahu Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan minyak, menghentikan eksport
utama tekstil dan larangan kewangan serta perjalanan terhadap pemimpinnya, Kim
Jong Un.
Hal itu disebabkan AS
marah terhadap ujian nuklear yang lebih dianggap sebagai 'pertahanan diri' daripada Korea Utara itu sehingga
sanggup memanipulasi Majlis Keselamatan PBB, kata Jurucakap Kementerian Luar
Korea Utara.
"Sekiranya
A.S melancarkan 'resolusi' yang haram dan menyalahi undang-udang dengan
mengenakan sekatan lebih keras terhadap Republik Demokratik Korea Utara (DPRK),
ia bakal membayar harga yang wajar," kata jurucakap itu dalam satu
kenyataan yang dikeluarkan agensi berita KCNA.
Dunia
bakal menyaksikan bagaimana Korea Utara akan ‘menjinakkan’ Amerika Syarikat
(AS) kerana mengenakan beberapa siri sekatan ke atas Republik Korea Utara itu.
Menurut
pegawai Korea Selatan selepas melancarkan ujian nuklear ke enam yang dikatakan
bom hidrogen pada 3 September lalu kemungkinan negara itu bakal melancarkan
peluru berpandu balistik antara benua untuk menentang tekanan antarabangsa.
KEPERLUAN MANUSIA SALING MENGHARGAI
ReplyDelete1. Manusia tidak diberi pilihan untuk lahir ke dunia atau tidak; manusia tidak diberi pilihan untuk lahir dari suku bangsa apa; dan manusia tidak diberi pilihan untuk lahir di negara berperang, aman, kaya atau miskin.
2. Negara-negara yang berperang sama ada untuk mempertahankan maruah negara atau kedaulatan empayar tahu menggunakan mesin pembunuh dalam jumlah yang banyak bernilai berpuluhan billion.
3. Tetapi, di negara-negara yang miskin tidak menunggu letupan mesin pembunuh untuk mati kebuluran.
4. Apakah yang telah diberikan oleh negara-negara yang saling berperang untuk kelangsungan hidup masyarakat manusia yang kebuluran?
Cabaran menjunjung nilai kemanusiaan bersama!
- Naspazi (13 September 2017)
Kota Kinabalu, Negara Sabah