Kambing yang mati secara misteri milik Suraji. |
PENDUDUK Gunungkidul, di Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY)
dikejutkan dengan kejadian misteri dan pelik, di mana sejumlah kambing milik
seseorang penduduk mati secara aneh apabila semua darah haiwan itu kering dan
terdapat dua lubang pada leher seperti kesan gigitan Pontianak.
Menurut daripada pemilik kambing, Suraji dari Dusun Danggolo,
Desa Purwodadi, Gunungkidul, tujuh daripada lapan ekor kambingnya ditemui mati
dalam kandang yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumahnya. – Laporan Liputan6.
“Seekor kambing yang terselamat luka di kaki manakala seekor
lembu tidak diapa-apakan,” katanya semalam.
Suraji sudah memasang pagar kayu dan buluh supaya binatang buas
tidak dapat masuk ke kawasan kandang namun dia telah menemui kesan tapak
kaki kecil di sekitar kandang itu.
Penduduk kampung tetap berasa hairan kerana tidak menemui kesan
luka pada kambing, cuma terdapat beberapa bahagian kecil seperti dimamah.
Suraji
dan penduduk kampung menemui kesan luka pada leher yang menyebabkan kambing
kehabisan darah, namun tidak terdapat kesan lumuran darah di sekitar tempat
kejadian.
“Haiwan pemangsa itu mungkin puluhan jumlahnya dan kesan tapak
kaki kecil menuju ke kawasan bukit,” katanya.
Sementara
itu, Pengarah Jabatan Pertanian dan Penternakan Gunungkidul, Bambang Wisnu
Broto, berkata pihaknya belum dapat memastikan haiwan pemangsa yang menyerang
kambing terbabit,
Ketua kampung, Purwodadi
Sucipto, mendakwa sudah lebih 50 kambing milik penduduk menjadi mangsa serangan
misteri itu dan pihaknya akan mengadakan rondaan selepas ini.
No comments:
Post a Comment