Ngah Kadir atau nama lain Pak Jabit. |
Seorang pelakon tanah air
kita yang pernah berlakon dalam filem Hantu Kak Limah iaitu Man Kadir atau nama
lainnya Pak Jabit, telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 7.10 pagi tadi.
Berita pemergian arwah
telah dikongsikan oleh anaknya melalui laman Facebook. Anaknya memaklumkannya
semasa berada di Klinik Lanchang.
Allahyarham ada mengadu
sakit dada awal pagi tadi dan pergi ke klinik berkenaan untuk mendapatkan
rawatan. Allahyarham dipercayai menghidap penyakit jantung.
Menurut anaknya, jenazah yang
disembahyangkan di masjid dan akan dikebumikan sebelum waktu Zohor di kg.Rantau
Panjang.
Sedekahkan Al-fatihah, dan semoga roh
Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang beriman, Amin.
> Artikel ini disiarkan pada
07 September 2017 (Khamis).
No comments:
Post a Comment