Gambar menunjukkan wanita ini mengahwini 2 lelaki berbeza berlainan waktu. |
Seorang wanita yang telah berkahwin dengan sekurang-kurangnya 8 orang lelaki di Bangkok telah menghilangkan diri dengan wang hantaran dan kini sedang diburu polis Thailand.
Jariyaporn Buayai, atau nama lainnya Nammon,32, diburu polis selepas 8 orang lelaki tersebut membuat laporan polis yang mendakwa isteri mereka telah menghilangkan diri selepas beberapa hari berkahwin.
Semua mangsa memberitahu mereka membayar wang hantaran berjumlah 200,000 baht (RM25,611) hingga 500,000 baht (RM64,021) ketika berkahwin.
Prasarn Tiamyam,32, seorang mangsa yang melaporkan kepada polis mendakwa isterinya hilang selepas 4 hari mereka berkahwin.
Dia menyedari ditipu selepas terbaca kenyataan di Facebook yang memberi amaran kepada lelaki bahawa terdapat seorang wanita yang menipu untuk mendapatkan wang hantaran.
“Saya berkenalan dengan Nammon pada Februari 2015 dan berkahwin dengan wanita itu sembilan bulan kemudian selepas dia mendakwa hamil.”
“Selepas empat hari berkahwin Nammon menghilangkan diri dan tidak lama selepas itu meminta cerai dengan alasan dia keguguran,” katanya.
Seorang lagi mangsa telah memindahkan wang hantaran 500,000 baht ke akaun bank wanita itu Februari lalu.
“Bagaimanapun, dia enggan melangsungkan perkahwinan dengan alasan tukang tilik memberitahu tahun ini adalah tempoh malang untuk berkahwin,” jelasnya.
Wichit adalah seorang lagi mangsa yang berpakat dengan mangsa yang lain untuk membuat laporan polis berkenaan penipuan perempuan itu.
Dia juga percaya mangsa wanita itu mungkin lebih ramai lagi kerana ada laporan dia berkahwin dengan lima lelaki pada Ogos lalu.
No comments:
Post a Comment