Labels

Thursday, 21 September 2017

'Pesta Gay' Diharamkan di Malaysia.

'No Pesta Gay'

Sebarang pesta gay yang dilaporkan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September ini adalah diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penganjur pesta itu belum membuat permohonan permit, namun beliau mengarahkan pihak polis untuk tidak meluluskannya.

 “Jika diteruskan juga maka acara itu dianggap sebagai perhimpunan haram,” katanya.

Sebuah portal telah melaporkan acara gay berkenaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 30 September sebagai promosi acara perhimpunan gay tahunan terbesar di Asia iaitu “White Party Bangkok” yang dijadualkan berlangsung pada 28 Disember ini di Thailand.

Ahmad Zahid juga telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk bertindak tegas dengan tidak mengeluarkan visa atau kebenaran memasuki negara ini terhadap rakyat asing yang ingin menghadiri acara yang memalukan itu.

“Kita sedang meneliti nama–nama individu yang berkenaan dan akan meletakkan mereka dalam kategori ‘not to let’ (tidak dibenarkan masuk di pintu masuk negara),” katanya.

 “Apa yang dirancang mereka ini adalah sesuatu yang di luar perlakuan manusia normal.

“Sebagai Menteri Dalam Negeri, saya telah mengarahkan PDRM dan Jabatan Imigresen supaya memantau secara terperinci agar White Party ini tidak dilakukan di negara ini sama ada secara terbuka atau tertutup,” katanya.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :