Labels

Thursday 21 September 2017

Nekad Mengahwini Robot Selepas Gagal Mencari Calon Isteri.

Zheng bersama robot isterinya 'Yingying'

Kebanyakan ramai orang masih berpegang kepada pepatah “ajal dan jodoh di tangan tuhan” dalam usaha pencarian calon isteri.

Namun hal sebaliknya berlaku di China, iaitu seorang jurutera China yang nekad untuk mengahwini robot ciptaannya sendiri selepas gagal mencari calon isteri.

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki itu yang bernama Zheng Jiajia, 31 tahun, merupakan seorang pencipta robot dan pakar kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) di Hangzhou telah menghasilkan robot wanita itu.

Robot yang bernama “Yingying” yang menjadi ‘isterinya’ itu hanya boleh bertutur dalam beberapa perkataan mudah.

Namun, Zheng berhasrat untuk menaik taraf lagi keupayaan robot tersebut supaya mempunyai kemampuan untuk berjalan.

Majlis perkahwinan yang ringkas masih mengikuti tradisi.

Media China melaporkan, perkahwinan pasangan itu dijalankan dalam majlis yang ringkas namun masih mengikuti adat tradisi tempatan. Majlis itu turut dihadiri oleh ibunya dan beberapa rakan kenalannya.

Di China, jumlah lelaki adalah lebih ramai berbanding perempuan. Kesannya, perempuan mempunyai kelebihan untuk memilih teman lelaki atau calon suami.

Sekiranya anda mengalami situasi seperti Zheng, adakah anda akan melakukan hal yang sama?

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :