Labels

Sunday, 1 October 2017

Akibat didera, 4 beranak dikawal polis keluar dari Sabah.

Jumatiah membawa 3 orang anaknya.

Kuala Lumpur: Empat beranak iaitu ibu dan tiga orang anak telah diiringi oleh polis keluar dari Kunak menuju ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah bagi melindungi mereka daripada suami yang mendera mereka.

Sebelumnya, suami wanita itu cuba menculik anak mereka semula namun gagal kerana dihalang oleh ahli keluarga yang berkumpul pada petang kelmarin.

Lelaki itu kini dalam siasatan polis berhubung kes dera yang dilaporkan dilakukan pada 2015 lalu dan terbaru pada 19 September baru-baru ini.

Kisah Jumatiah Jahud, 34, seorang tukang cuci di ibu negara disiarkan Harian Metro Jumaat lalu mendapat perhatian orang ramai dan bantuan segera daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum wanita itu pulang ke Sabah bagi menyelamatkan anaknya.

“Sudah dua minggu saya tidak bekerja (tukang cuci di Kuala Lumpur) jadi saya tidak mampu menanggung kos penerbangan bagi menyelamatkan anak serta menguruskan tuntutan fasakh saya.

“Sehubungan itu saya berasa amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada penderma yang bermurah hati termasuk Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, PPIM, Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi, sekumpulan tukang cuci dan penderma yang enggan dikenali.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengambil tindakan besar melindungi dan menyelamatkan nasib masa depan anak-anak yang tidak bersalah ketika semua pihak lain memandang rendah kes ancaman ugut dera dan perhambaan ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Fuzi mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro yang menarik perhatian beliau terhadap jenayah ini.

“Kita tidak boleh membiarkan budaya perhambaan wanita dan kanak-kanak di negara ini.

“Saya sudah dimaklumkan bahawa kes ini sudah pun diketengahkan lama dahulu tetapi masih berlaku lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :