Woon Seng yang memegang MyKad sementara dan sijil kelahirannya. |
Pihak berkuasa telah merampas MyKad seorang
individu yang berketurunan India yang bernama Tang Woon Seng.
“WARNA kulit berbeza dengan nama menyebabkan
MyKad saya dirampas pihak berkuasa dan kini saya memegang kad pengenalan
sementara,” kata Tang Woon Seng, 34, yang buntu untuk mendapatkan semula MyKad
yang dirampas.
Tang Woon Seng sebenarnya adalah berketurunan
India yang menjadi anak angkat keluarga Cina selepas diserahkan oleh ibu
bapanya kerana mempunyai masalah peribadi.
Kelahiran Woon Seng ini telah didaftarkan
sebagai anak kandung oleh bapa angkatnya Tang Kee Kwan dan dibesarkan dengan
penuh kasih sayang bersama enam adik-beradik yang lain di Kampung Baru Site A,
Tanah Merah, Port Dickson.
"Saya membesar sebagai orang Cina, malah
tidak tahu berbahasa Tamil. Ramai yang hairan apabila mengetahui saya mempunyai
nama Cina sedangkan warna kulit saya gelap.
"Saya tidak berasa tersisih atau malu
kerana penduduk kampung mengenali dan mengetahui sejarah saya. Mereka tahu bapa
mengambil saya daripada keluarga asal dan membesarkan saya sejak 34 tahun
lalu," katanya ketika ditemui.
Pada 16 tahun lalu, pihak berkuasa merampas
MyKadnya ketika membuat permohonan perkahwinan dengan seorang wanita Indonesia
kerana menyangka dia menggunakan maklumat palsu.
Sejak dari rampasan itu, Woon Seng hanya
menggunakan MyKad sementara. Apabila disiasat, berlaku kesilapan mengenai
pendaftaran sijil kelahirannya.
"Bapa angkat mendaftarkan saya sebagai anak kandung dan tidak
mengetahui tindakan itu salah. Malah, saya tidak berdepan masalah membuat MyKad
di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ketika berusia 12 tahun.
"Hanya ketika mahu berkahwin masalah itu timbul. Sejak itu, saya
diberi kad pengenalan sementara yang menyatakan saya bukan warga negara. Anak
lelaki saya juga didaftarkan sebagai bukan warga negara," katanya yang
pernah berusaha mencari keluarga kandungnya tetapi gagal.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPN Datuk Mohd Yazid Ramli berkata,
pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.
No comments:
Post a Comment