Keadaan kanak-kanak yang didera dirantai leher dan tidak sedarkan diri. |
Kuantan
– Seorang
kanak-kanak berusia 10 tahun telah didera oleh ibu bapanya semalam dengan
mengikatnya dengan rantai pada sebuah tong gas di dapur sebelum ditinggalkan.
Difahamkan hanya kerana
kanak-kanak tersebut tidak datang ke sekolah, bapanya yang gagal menahan marah
itu kemudian bertindak luar batasan dengan menghukum anaknya itu.
Kanak-kanak tersebut masih
bersekolah di sebuah sekolah rendah di Indera Mahkota. Bapa kanak-kanak tersebut
adalah seorang anggota tentera, berusia 35, yang bertugas di Kem Batu 10, Jalan
Gambang.
Ketua Polis Daerah Kuantan,
Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, perbuatan itu terbongkar hasil
maklumat awam dan pemeriksaan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD).
Menurutnya lagi, polis cuba
memasuki rumah melalui pintu depan tapi tidak berjaya kerana dikunci.
“Mereka kemudiannya ke
bahagian belakang rumah dan ternampak kelibat kanak-kanak tersebut yang hanya
memakai seluar tanpa baju dan terbaring tidak sedarkan diri, katanya lagi.
Abdul Aziz berkata, pasangan
suami isteri itu kini direman selama seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen
31(1)(a) Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016.
Artikel - 06 Oktober 2017
No comments:
Post a Comment