Ular gergasi dibunuh dan dipamerkan Di Batabg Gansal, Sumatera. |
PEKANBARU - Seekor ular sawa
gergasi menyerang seorang lelaki Indonesia, hampir menyebabkan tangannya putus,
sebelum penduduk kampung membunuh reptilia itu dan memakannya.
Mangsa, pengawal keselamatan
Robert Nababan, terserempak dengan ular gergasi itu ketika meronda ladang
kelapa sawit di daerah kecil terpencil Batang Gansal di pulau Sumatera.
"Ular sawa terbabit
sepanjang 7.8 meter, amat luar biasa besar," kata Ketua Polis tempatan,
Sutarja.
Sutarja berkata, Robert, 37,
yang kadang kala gemar makan ular, cuba menangkap reptilia gergasi itu dan
menyumbatnya dalam guni.
Namun ia melawan dan
menggigit mangsa di lengan, hampir memutuskannya.
Robert kemudian dikejarkan
ke sebuah hospital di bandar berhampiran untuk dirawat.
Sutarja berkata, beberapa
penduduk kampung dan seorang lagi pengawal keselamatan membantu menyelamatkan
nyawa mangsa.
Penduduk kampung kemudian
membunuh ular sawa gergasi itu dan mempamerkannya di perkampungan terbabit
sebelum menjamu daging reptilia berkenaan.
No comments:
Post a Comment