Aplikasi "Ayo Poligami" yang dilancarkan April lalu. |
Satu aplikasi pencarian
jodoh yang baru dilancarkan di Indonesia pada April lalu telah mendapat
kritikan daripada orang ramai dan mengundang kontroversi.
Aplikasi tersebut ialah “Ayo
Poligami” yang memberi peluang kepada pengguna untuk mencari calon isteri
kedua, ketiga atau keempat dengan mendedahkan status perkahwinan dan surat
keizinan isteri untuk berpoligami.
Pengasas dan pemilik
aplikasi “Ayo Poligami” iaitu Lindu Cipta Pranayama, membangunkan aplikasi
tersebut dengan harapan menemukan lelaki dan perempuan yang rela berpoligami.
“Pada asalnya, kami reka
laman pencarian jodoh ini untuk membantu golongan bujang yang belum mendapat
jodoh, tetapi semasa tempoh pembangunannya, muncul pula isu poligami,” kata
Lindu.
"Kita sudah ada banyak
aplikasi untuk mencari calon isteri, tetapi belum ada yang khusus untuk
poligami; tiada pilihan untuk itu," jelasnya lagi.
Menurut beliau, poligami sebenarnya boleh meruntuhkan sesebuah rumah tangga
jika si suami tidak meminta keizinan isteri pertamanya untuk bernikah lagi.
Jadi, itulah sebab dia menekankan keizinan pasangan sebelum seseorang mengambil
keputusan untuk berpoligami.
Aplikasi itu, walau bagaimanapun, mendapat kritikan daripada kalangan wanita.
No comments:
Post a Comment