Labels

Tuesday, 3 October 2017

Kereta kancil Terputus Dua.

Keadaan kereta kancil yang terputus dua.

PASIR PUTEH - Pekerja kedai tayar meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan yang turut menyebabkan kereta Perodua Kancil yang dipandunya terputus dua di Kampung Sungai Kelong dekat sini, petang semalam.

Nahas yang berlaku jam 6 petang di Kilometer KM32.5, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu itu menyebabkan Tuan Sabri Tuan Ismail, 40, beralamat di Kampung Belakang Forest di sini, cedera pada kepala dan bahagian dalam hati selain patah kaki kiri dan kanan.

Tuan Sabri yang memandu kereta Kancil tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hosiptal Tengku Anis sebelum disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 11.20 malam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhamad berkata, Tuan Sabri dikatakan memandu pulang dari kerja dan ketika sampai di lokasi kejadian, keretanya dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan kenderaan pikap Toyota Hilux dari arah bertentangan.

"Kereta kancil itu melanggar bahagian depan kanan Toyota Hilux sebelum terputus dua, ketika siasatan dilakukan, bahagian depan kereta Kancil berada di dalam parit.
"Semasa kemalangan itu berlaku, keadaan jalan kering dan cuaca baik dan siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan," katanya.

Menurut Abdul Rozak, pemandu Toyota Hilux, Mohd Aswani Zulkipli, 37, beralamat di Kampung Bukit Yong di sini, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan daripada keluarga mangsa jam 11.25 malam tadi yang memaklumkan Tuan Sabri meninggal dunia di HTA.

Tambahnya, hasil external post mortem mendapati punca kematian adalah disebabkan polytrauma dan kes diklasifikasikan kepada Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan jam 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Abal.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :