Keadaan Bandar yang berwarna kekuningan |
Kota London telah
mengalami fenomena luar biasa iaitu langit berubah menjadi warna kekuningan
pada Isnin lalu, 16/7/2017.
Kejadian itu telah mengejutkan ramai orang yang kemudian
menyangka peristiwa itu adalah pengakhiran kepada dunia atau kiamat.
Jurucakap
Jabatan Meteorologi Britain berkata, ia sebenarnya berpunca daripada kesan ribut
Ophelia yang membawa debu dari Sahara dan asap kebakaran di selatan Eropah
sebelum terkena sinaran cahaya matahari.
Sinaran matahari yang kekuningan, akibat debu ribut Ophelia. |
“Warna
kekuningan ini berpunca dari debu yang bercampur dengan sinaran matahari
menjadikan matahari berubah menjadi lebih merah,” katanya.
Sesetengah
juga orang mendakwa bahawa angin hangat itu membawa bau bunga dan cendana
bersamanya.
Tetapi
debu di atmosfera juga menimbulkan risiko maut bagi pesakit asma.
Sonia
Munde of Asthma UK berkata, "Kami sangat mengambil perhatian terhadap debu
Sahara yang dibawa oleh Badai Ophelia, kerana ini boleh menyebabkan risiko yang
teruk bagi 5.4 juta orang di UK yang mempunyai asma.
"Angin
yang membawa debu dan zarah di udara boleh mencetuskan serangan asma yang
berpotensi membawa maut.
"Kami
mendesak sesiapa yang mempunyai asma yang teruk untuk memeriksa ramalan cuaca
dan tinggal di dalam rumah jika perlu." Katanya lagi.
Fenomena
langit kuning tersebut sangat mengejutkan ramai penduduk London di mana ramai
mengambil kesempatan berkongsi gambar dan pengalaman demikian di media sosial.
No comments:
Post a Comment