Seekor anak kucing dikerat kepada dua bahagian dan dipotong kaki. |
SABAK BERNAM – Perbuatan
individu yang membunuh kejam anak kucing dengan mengerat dua bahagian binatang
itu tetap dimaafkan oleh pemilik anak kucing tersebut walaupun masih bersedih.
Pemilik anak kucing terbabit
Mohammad Rosmawar, 30, mengambil keputusan untuk memaafkan pelaku tersebut
kerana tidak mahu memanjangkan isu dan tidak mahu bermusuh dengan sesiapa.
Keadaan anak kucing sebelum kejadian kejam tersebut. |
"Saya tak mahu
panjangkan isu. Malah saya juga tidak buat laporan polis. Siapa
sahaja yang bertanggungjawab saya maafkan, tetapi dengan Allah, itu
urusan dia.
"Lagipun, saya tidak
mahu bermusuh dengan sesiapa. Biar Allah tunjukkan jalan yang lurus dan beri
hidayah kepadanya," katanya ketika dihubungi.
Bertempat di kediaman Parit
5, Sekinchan, Mohammad terkejut apabila anak kucing yang dikerat dua tersebut
diletakkan di hadapan rumahnya, semalam.
Kejadian yang tular di
facebook tersebut telah mendatangkan kemarahan orang ramai dan pelbagai kecaman
terhadap perbuatan kejam itu.
No comments:
Post a Comment