Labels

Wednesday, 4 October 2017

Gerakan Menghalalkan Ganja Mendapat Tentangan Doktor.

Status yang memperjuangkan penggunaan ganja.

Kuala Lumpur – Seorang penulis buku yang berjudul ‘Hikayat Tanaman Haram’ iaitu Mohamad Na’im Abdul Razak, 30, atau lebih dikenali Dr.Jacknaim MD diugut bunuh kerana tegas dalam menentang satu gerakan yang menghalalkan ganja di media sosial.

Mohamad Naim yang merupakan doktor di sebuah hospital swasta berkata, kumpulan yang menubuhkan kumpulan di Facebook itu memperjuangkan supaya ganja dihalalkan di Malaysia dengan cuba mendedahkan kebaikan ganja dalam perubatan.

Dia dikecam melalui media sosial kerana menghalang kumpulan itu dengan menyedarkan masyarakat berkenaan dengan penyalahgunaan ganja.

“Selepas buku Hikayat Tanaman Haram diterbitkan dengan kerjasama Simptommatik Press, Thukul Bersekutu pada awal tahun lalu, mereka menjadikan saya sebagai musuh kerana mendedahkan kesan negatif penyalahgunaan ganja ini.

“Malah, mereka turut menyebarkan khabar angin dengan menuduh saya menjadi punca kepada penahanan seorang lelaki yang digelar Dr Ganja yang ditangkap polis hasil serbuan di Kampung Delek, Klang, Selangor, 26 Mei lalu kerana aktif memasarkan makanan berasaskan ganja di laman Facebook.

Dr.jacknaim penerbit buku dan penentang penyalahgunaan ganja.

“Disebabkan tuduhan itu, pengikut gerakan menghalalkan ganja terbabit membuat pelbagai ugutan termasuk bunuh. Saya ada membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu, Sabah pada 17 Jun lalu berhubung ugutan itu,” katanya.

Menurutnya lagi, gerakan itu pernah mengajaknya untuk berdebat mengenai topik Halatuju Ganja Perubatan di Malaysia.

Namun, debat tersebut dibatalkan kerana bimbang Dr.Jacknaim akan membawa anggota Agensi Antidadah Kebangsaan untuk menyerbu mereka.

Selain itu, mereka menuduh Dr.Jacknaim terima cabaran itu demi mencari publisiti murahan bagi melariskan jualan bukunya katanya lagi.

Tambahnya lagi, perubatan marijuana masih dalam peringkat ujian dan gerakan yang menghalalkan ini hanya memperjuangkan untuk kepentingan sendiri.

Antara komen-komen pengguna facebook yang menyokong tindakan Dr.Jacknaim dan ada juga yang menentangnya.




No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :