Labels

Thursday, 5 October 2017

Pegawai JPJ vs pegawai JPJ, Didakwa Gunakan Lorong Kecemasan.

-Foto Hiasan- Lorong kecemasan.

Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Yusoff Ayob di Mahkamah Majistret Putrajaya memberi kenyataan bela diri bahawa mereka mempunyai niat jahat, ingin menjatuhkan maruah, menghina serta mempunyai agenda tertentu.

Majistret Muhammad Zaki Abd Kudos membenarkan Yusoff membela diri selepas pihak pendakwa Berjaya membuktikan prima facie terhadap kes berkenaan.

Menurut Yusoff, tindakan dua pegawai JPJ itu adalah berniat jahat untuk menjatuhkannya apabila merakam gambarnya memandu di lorong kecemasan pada 7 Oktober 2016, dan memviralkan pada media sosial keesokan harinya.

"Saya dapati mereka berniat jahat pada saya dan beberapa hari kemudian, pejabat Ketua Pengarah (JPJ) dipecah oleh anggota dari bahagian sama.”

"Perbuatan ini ada agenda tertentu dan berniat jahat terhadap saya dan pengurusan tertinggi JPJ," katanya.”

Pada 25 Julai lalu, Yusoff, 58, yang memiliki kereta bernombor BLY 68, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu di lorong kecemasan pada 6.27 petang, 7 Oktober 2016 di Lingkaran Putrajaya.

Namun, Yusoff bertindak memandu di lorong kecemasan kerana mahu memantau keadaan kesesakan teruk di kawasan itu.

Menurut Yusoff, mendapati terdapat dua anggota JPJ yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan. Yusoff kemudiannya meneruskan pemanduan dan berhenti selepas Plaza Tol Putrajaya untuk menghantar pesanan bertanya dalam kumpulan Whatsapp tentang operasi itu.

Yusoff yang hadir ke mahkamah.

"Saya bertanyakan mengapa anggota berkenaan membuat operasi di tempat tidak sesuai dan tidak mengikut prosedur kerana ia dilihat menambahkan lagi kesesakan di kawasan itu."

Saya menerima balasan pesanan daripada bahagian penguatkuasaan JPJ Selangor yang memaklumkan dua anggota berkenaan bukan dari Selangor sebaliknya dari Ibu Pejabat JPJ Putrajaya," katanya.

Katanya, beliau melihat tindakan operasi itu seperti mahu memerangkap pemandu dan ia juga tidak sesuai dilakukan kerana waktu orang pulang kerja.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan dalam hujahnya memaklumkan biarpun Yusoff ada kuasa untuk melakukan pemantauan lalu lintas namun, beliau masih tertakluk di bawah undang-undang di mana jelas lorong kecemasan tidak boleh digunakan.

Peguam bela, Yusoff Datuk Baljit Singh Sidhu pula berkata, anak guamnya memantau lalu lintas pada hari berkenaan atas dasar tanggungjawab serta memikirkan kepentingan umum.

Sebelum ini, Yusoff didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada 18 Julai lalu selepas mengaku salah kerana memandu di lorong kecemasan sebelum menukar kembali pengakuan kepada tidak bersalah pada 25 Julai lalu apabila didakwa semula.

Majistret Muhammad Zaki menetapkan 16 Oktober ini untuk keputusan kes berkenaan.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) (c) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

loading...

Popular post :